Mencari Yang Halal

Saya tiada kepakaran. Tidak ada pengajian khusus dalam pengajian seni dan sastera. Justeru, memang padanlah ‘karya’ saya sekadar memuaskan hati sendiri sahaja. Semoga bermanfaat.

 
Kerana yang halal itu memberi keberkahan,
Kerana yang halal itu memberi kekuatan,
Kerana yang halal itu memberi kebaikan,
Maka walau seribu onak duri menerpa,
Yang halal tetap menjadi yang utama.
 
Soal halal itu bukan satu,
Dua atau tiga,
Tetapi ia lebih dari itu.
 
Lima pancaindera bersatu,
Berpandukan pancaindera keenam,
Menilai dengan saksama,
Antara yang halal atau haram.
 
Biar jiwa tertekan,
Nafsu terhadang,
Tindakan terhenti,
Keinginan tertutup,
Kerana mencari yang halal.
 
Halal pasti menjelma,
Tika haram dijauhi dengan sempurna.
Yakinlah.
Advertisements

Kenapa Gusi Saya Berdarah?

Gusi biasa berdarah. Terutamanya ketika memberus gigi. Kadang-kadang darah keluar secara spontan. Kebiasaannya gusi yang berdarah. Gigi yang berdarah lain pula ceritanya. Gigi berdarah sering dikaitkan dengan trauma atau kemalangan yang menyebabkan gigi itu patah.

Mari kita lihat beberapa punca gusi berdarah.

1. Berus gigi jenis hard

Tahukah anda bahawa terdapat tiga jenis berus gigi di pasaran? Iaitu lembut, medium dan keras. Kebanyakan pengguna mungkin tidak tahu tentang label ini. Penting untuk anda memilih berus gigi jenis medium atau lembut kerana jenis keras mungkin memberi kecederaan kepada gusi anda. Ia boleh menjadi salah satu punca kenapa gigi anda berdarah. Bagi mereka yang rajin bertemu dentist untuk mendapatkan rawatan scaling atau cuci gigi, maka saya syorkan berus gigi jenis lembut. Bagi yang tidak, mungkin anda beranggapan bahawa berus gigi jenis keras boleh membuang segala sisa makanan dengan begitu effisien sekali. Tanggapan anda salah.

2. Gusi luka

Terdapat sesetengah makanan yang berpotensi melukakan gusi anda. Kebiasaannya tulang ikan yang tercucuk pada gusi. Jika anda tidak mampu mengeluarkannya, anda perlu berjumpa dentist dengan segera. Jika tidak, kawasan tersebut akan menjadi sakit dan bengkak. Tidak mustahil nanah akan menyusul.

3. Gigi yang kotor

Sisa makanan di dalam mulut yang melekat pada gigi dipanggil ‘plak’ dalam bahasa sains. Plak yang berkumpul memberi signal spontan kepada sel-sel tubuh untuk melakukan proses pertahanan di kawasan yang berkaitan kerana plak adalah musuh ketat gigi. Tindakan spontan fisiologi tubuh menyebabkan gusi berdarah sebagai tanda ia mengalami keradangan (gum inflammation). Jadi, berjumpalah dengan dentist untuk scaling dan belajar cara menggosok gigi dengan efisien.

Semoga artikel ini bermanfaat. Sila bertanya untuk sebarang masalah.

Malam Bersama…

Pernahkah ungkapan ini menerjah ke dalam kotak mindamu? Pernahkah seseorang mempelawa kamu menyertai MABIT? Apa itu MABIT?

Mabit adalah singkatan kepada Malam Bina Iman dan Takwa. Ia adalah satu malam yang dikhususkan sekhusus-khususnya untuk melatih diri bersama dengan Allah. Membuang segala agenda dunia. Ia tertumpu kepada pembaikan hubungan kamu dengan Allah.

Ia adalah satu wasilah untuk mendekatkan diri dengan Allah. Bertemankan rakan-rakan yang sering menjadikan al-quran dan qiamullail sebagai teman hidup hampir setiap malam, proses itu menjadi mudah bagi new beginner, begitu juga otai yang kadang-kadang tergelincir.

Ya, suatu kebaikan itu sukar untuk dilakukan secara berseorangan. Justeru, logik benar kepentingan kalian mendekati mereka yang mengamalkan cara hidup Rasulullah ini. Semua manusia inginkan kebaikan. Namun, tak semua punyai kekuatan untuk melakukan kebaikan. Lalu, apa caranya? Berkumpullah dengan orang-orang yang baik dan binalah iman kalian.

Suatu malam yang saya tunggu. Malam yang sunyi dan sepi. Bertemankan bunyi cengkerik dan unggas. Malam yang menuntut mujahadah kamu. Ia bukanlah malam yang bisa dinikmati semua. Ia adalah malam untuk mereka yang terpilih. Iaitu malam ber’khalwat’ dengan Allah.

Berminat untuk MABIT?

Gigi Patah, Berubah Warna

Saya biasa nampak kawan-kawan yang patah gigi hadapan, atau terdapat warna yang tidak berapa padan dengan warna gigi yang lain seperti warna coklat dan hitam. Kebanyakan mereka sanggup membiarkannya sebegitu sahaja. Mungkinlah sebab tiada yang menegur. Selalunya yang menegur hanya doktor gigi.

Ia memang tidak cantik dipandang. Lebih penting lagi, ia adalah penanda penting atau amaran bahawa anda perlu segera berjumpa dengan doktor gigi. Kenapa ya?

Kerana gigi yang sudah patah sedikit, separuh atau lebih mempunyai kebarangkalian besar untuk patah lagi yang memungkinkan penglibatan saraf. Justeru, gigi akan berdarah dan dengan tidak semena-mena gigi yang pada asalnya telah sihat sudah mati. Jika anda bernasib baik, ia boleh ditampal. Jika tidak, cabutan mungkin sebagai jalan penyelesaian.

Jadi kenapa perlu menunggu sehingga parah? Kan lebih baik mencegah.

Warna gigi yang berlainan dari warna asal gigi yang lain memberi petanda bahawa terdapat aktiviti bacteria yang menghasilkan asid lalu menjadikan gigi berlubang. Namun, proses ini boleh menjadi tidak aktif bergantung kepada jenis makanan yang anda ambil. Sebaiknya, segera dapatkan pemeriksaan doktor gigi. Ketahuilah bahawa lubang itu boleh menjadi aktif yakni semakin membesar. Bukan sahaj tidak cantik tetapi anda mungkin akan berasa sakit.

Jangan berasa segan untuk senyum lagi.

Senyum itukan sedekah!

Mata Yang Cantik

Dari mata jatuh ke hati. Begitu benar ungkapan ini, maka Allah mengingatkan kita tentang kepentingan menjaga pandangan.

“Katakanlah kepada laki-laki yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya…” (QS. 24: 30). “Dan katakanlah kepada para perempuan yang beriman, agar mereka menjaga pandangannya…” (QS. 24: 31).

Tolonglah, jaga pandanganmu. Pelihara ia. Jangan bercakap melainkan jika perlu. Jagalah jarak ketika berbicara. Jaga nada suaramu. Jaga perbuatanmu.

“Wahai isteri-isteri Nabi! Kamu tidak seperti perempuan yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk (melemahlembutkan suara) dalam berbicara sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit di dalam hatinya, dan ucapkanlah perkataan yang baik” (QS. 33: 37).

Suara yang lembut itu boleh membangkitkan nafsu orang yang tidak sihat hatinya. Ya, benar. Sekarang, perhatikan dirimu. Adakah kau punyai suara yang lembut begitu? Jika ya, utamakanlah untuk diam. Diamlah.

Ya Allah, ampunkan dosa hambaMu ini. Permudahkan segala urusanku.

Konvesyen Keluarga Melayu Muslim 2011

Assalamu’alaikum wbt

Anda ingin membina keluarga yang berjaya, 
bahagia di dunia dan terjamin di akhirat?

Anda idamkan keluarga penuh sakinah,
mawaddah dan rahmah tapi masih tercari-cari apa resepinya?
Mahukan anak yang soleh lagi cemerlang,
penyejuk mata dan hati ayah bonda?
Apakah agenda keluarga anda?
Bagaimana agaknya keluarga Rasulullah dan para sahabat?
Untuk itu, jomlah kita hadir ke….

KONVENSYEN KELUARGA MELAYU MUSLIM 2011
dengan barisan pembentang kertas kerja yang tersohor dan berpengalaman seperti

Ustaz Abdullah Zaik
Prof. Dr. Sidek Baba
Prof. Dr. Badrulhisham Abdul Aziz
Prof. Dato’ Dr. Zaleha Kamaruddin
Dato’ Zainul Rijal Abu Bakar
Ustazah Norsaleha Mohd Salleh
bersama moderator forum Ustazah Sabariah Salleh

Akan membincangkan
Masalah semasa di kalangan keluarga Melayu Muslim
Agenda dan hala tuju sebuah keluarga Melayu Muslim
Tip-tip melahirkan keluarga yang berjati diri tinggi: Peranan bapa dan pendidikan anak-anak
Paparan keluarga contoh daripada sirah Rasulullah dan para sahabat
Dan lain-alain lagi

Tarikh: 9 Julai 2011 (8AM-5PM)
Tempat: Dewan Auditorium D8, Parcel D, Presint 1, Putra Jaya

Ayuh….jangan lepaskan peluang ini.
Daftarlah diri anda ke KONVENSYEN ini
Yuran hanya RM10 
Tempat sangat terhad. 
Siapa cepat dia dapat.

Maklumat lanjut hubungi

Pn. Rasyidah Arshad 019-2676704

‘Berisi’

“Sebaik-baik manusia di antara kamu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain.” (Hadis Riwayat Muslim )

Jalan-jalan menambah ilmu. Saya biasa dengar orang berkata, ‘tengah main facebook’. Saya jenguk, main apa agaknya. Tak ada games, tapi ‘facebook walking’. Jalan-jalan baca wall orang. Layan gambar-gambar cantik dan cun.

Apakah manfaatnya? Cari sebab untuk setiap perbuatan. Jangan sia-siakan.  

Hari ini, orang-orang berjiwa besar banyak berkongsi cerita dengan saya. Mereka ini bagaikan buku motivasi, kemana-mana menyebarkan suatu suasana positif. Mereka juga adalah golongan yang ‘talkative’ dan ‘outspoken’. Ya.

Merekalah sebaik-baik manusia itu. Kemana-mana bawa diri mereka memberi manfaat kepada orang lain. Nak tahu apa manfaatnya? Bilamana kita yang mendengar merasakan bicara mereka bukan bicara kosong. Bicara yang membuka satu langkah perubahan dalam kehidupan kita.

Ya, pernahkah kita berbicara yang bermanfaat? Dalam erti kata lain berbual isu-isu yang mendatangkan kebaikan kepada kehidupan kita dan orang lain?

Jadi, saya memang tidak suka berborak kosong. Kalau hendak berborak dengan saya, pastikan ada isi. Kalau tak ada isi, lebih baik kita diam.

Itu sebab saya jadi ‘pendengar yang baik’ bila berhadapan dengan golongan berjiwa besar. Sebab saya tiada isi. Diam.