Hello, Saya Senyum!

Tahukah anda emosi ketika mengangkat telefon boleh ditafsir oleh si pemanggil? Mahukah anda menyahut panggilan tersayang (keluarga) dengan nada yang tidak ceria?

Cubalah. Angkat telefon dengan emosi yang tidak stabil. Boleh cuba emosi marah, sedih ataupun benci. Pemanggil boleh merasainya. Anda juga boleh cuba membuat panggilan dan anda sendiri boleh menilai adakah si penerima panggilan meraikan panggilan anda.

Cuba pula emosi yang bertentangan iaitu emosi positif. Senyumlah ketika menjawab panggilan. Suara anda pasti kedengaran tersenyum. Justeru, jangan cuba menjawab panggilan ketika anda sedang sibuk dan marah. Ia hanya menyulitkan lagi keadaan. Seboleh mungkin kawal emosi. Sebaik sahaja butang hijau ditekan, emosi harus juga bertukar. Senyumlah.

Pernah mengalami suasana tidak seronok ketika membuat panggilan? Terutama ketika anda sangat memerlukan bantuan seperti masalah perkhidmatan telefon atau pembayaran barangan tertentu. Jika semua orang mengamalkan senyum ketika menjawab panggilan telefon, inshaAllah semua urusan berjalan lancar.

Cuba.

Senyum.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s