Gigi Patah, Berubah Warna

Saya biasa nampak kawan-kawan yang patah gigi hadapan, atau terdapat warna yang tidak berapa padan dengan warna gigi yang lain seperti warna coklat dan hitam. Kebanyakan mereka sanggup membiarkannya sebegitu sahaja. Mungkinlah sebab tiada yang menegur. Selalunya yang menegur hanya doktor gigi.

Ia memang tidak cantik dipandang. Lebih penting lagi, ia adalah penanda penting atau amaran bahawa anda perlu segera berjumpa dengan doktor gigi. Kenapa ya?

Kerana gigi yang sudah patah sedikit, separuh atau lebih mempunyai kebarangkalian besar untuk patah lagi yang memungkinkan penglibatan saraf. Justeru, gigi akan berdarah dan dengan tidak semena-mena gigi yang pada asalnya telah sihat sudah mati. Jika anda bernasib baik, ia boleh ditampal. Jika tidak, cabutan mungkin sebagai jalan penyelesaian.

Jadi kenapa perlu menunggu sehingga parah? Kan lebih baik mencegah.

Warna gigi yang berlainan dari warna asal gigi yang lain memberi petanda bahawa terdapat aktiviti bacteria yang menghasilkan asid lalu menjadikan gigi berlubang. Namun, proses ini boleh menjadi tidak aktif bergantung kepada jenis makanan yang anda ambil. Sebaiknya, segera dapatkan pemeriksaan doktor gigi. Ketahuilah bahawa lubang itu boleh menjadi aktif yakni semakin membesar. Bukan sahaj tidak cantik tetapi anda mungkin akan berasa sakit.

Jangan berasa segan untuk senyum lagi.

Senyum itukan sedekah!

Advertisements

One thought on “Gigi Patah, Berubah Warna

  1. Assalamualaikum doctor, saya nak tanya, smalam saya pi kilinik gigi utk cuci gigi (sudah 4 tahun tak cuci gigi) doctor bagi tahu ada plak gigi smpai ke akar, so smlm cuci gigi aja kena Rm 100.00, ubat gigi rm 10.00 dan ubat kumur 16.00, doctor bagitau lepas dua minggu kena dtg jumpa sebab kena buang plak gigi yang dah sampai akar (kena bius) baru bole buat katanya, kalau tak gigi akan goyang (dah goyang pun sikit) soalan saya lepas buat process ini daging gigi akan tumbuh balik ker lepas buang plak sampai akar tadi ? terima kasih.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s