Unfriend Adalah Penyelamat

Jika tindakan ini membuatkan hubungan yang terbina menjadi keruh, kepada Allah aku mohon keampunan.

Jika tindakan ini membuatkan kau membenci aku, kepada Allah jua aku pohon untuk memperbaiki segalanya.

Memang, bukanlah mudah untuk melakukan sesuatu yang sebenarnya keinginan ini inginkan begitu. Seluruh jiwa dan raga menginginkannya. Namun, ingatan kepada Allah mencegah segala keinginan yang tidak bersandarkan iman dan taqwa.

Rakan-rakan, Pernahkah kalian berdepan dengan kawan-kawan yang bisa menggoncang imanmu? Iman yang selama ini kau bina satu persatu dengan bata agar ia tetap kukuh dan boleh menampung bebanan? Namun, bebanan yang satu ini sukar benar untuk kau tampung sehingga akhirnya ia jatuh berkecai? Hanya kerana kawan-kawan?

Kawan-kawan lelaki atau perempuan. Yang sekali-sekala dirasuk jiwanya lantas turut menegur imanmu yang sedang kealpaan itu? Lalu kemana kau bawa imanmu pergi? Sehinggakan kau terus lemas dalam keinginan duniawi yang terus-menerus mencengkam engkau daripada kembali kepada Nya?

Justeru, maafkan aku jika tindakanku ini kelihatan sungguh kejam. Kekejaman ini bukanlah suatu kerelaan. Ia suatu keterpaksaan. Paksa dalam rela. Namun, ketahuilah. Allahlah sebaik-baik perancang. Menyedari bahawa hakikat setiap yang berlaku adalah dengan keizinanNya, maka di saat ini aku menafsirkan apa yang berlaku punyai hikmah yang besar.

Unfriend, mungkin bukan satu penyelesaian. Tetapi ia adalah satu penyelamat. Aku merasakan.

 

Penjagaan Gigi Anak Terbiar

Tubuhnya kecil. Sesuai dengan umurnya. Keningnya lebat, matanya kuyu. Bibirnya tebal dan lurus. Sugul. Dia ditemani seorang nurse perempuan.

Kami sangkakan ibunya. Rupanya tidak. Nurse tersebut menjelaskan mesra, “Kami daripada rumah kebajikan.”

Semua yang berada dalam bilik rawatan di Klinik Pakar Pergigian Kanak-kanak itu terdiam seketika. Lelah. Saya yang ditugaskan untuk memberi rawatan memegang bahu kanak-kanak itu dan menenangkannya. Mulutnya dibuka luas.

“Aaaaa….”

Lelah. Pada usia 4 tahun, kesemua giginya sudah rosak. 20 batang! Tiada satu pun yang dapat diselamatkan. Untuk cabutan!

“For extraction under general anaesthesia!”

Seorang pembantu pembedahan pergigian(atau nurse) memegang kanak-kanak itu dan memeluknya. Dia sebak. Menangis. Menangisi nasib si anak kecil itu. Suasana suram.

……

Begitulah nasib kanak-kanak yang terbiar. Bukan sahaja dibiarkan ibu dan bapanya. Yang mungkin hidup mereka tidak mampu untuk memberi makan dan pakai. Diletakkan di rumah kebajikan juga terbiar.

Persoalannya, adakah soal penjagaan gigi tidak menjadi rutin di rumah kebajikan? Sejauh manakah mereka betul-betul menenkankan soal ini yang merupakan asas kepada kebersihan tubuh dan badan? Benarkah kurangnya tenaga pekerja menjadi punca kepada permasalahan ini? Atau mungkin kerana kurangnya ilmu pengetahuan?

Bagaimana agaknya kesedaran tentang kepentingan menjaga pembersihan gigi dapat diwar-warkan dan dilaksanakan dgn berkesan di rumah-rumah kebajikan?

Tolong fikirkan.

Bergembiralah Dengan Masalah!

Menjadi suatu rutin untuk membaca surat khabar setiap hari. Mengapa? Kerana itulah yang memberi pengertian kepada hidup. Erti hidup dengan mengambil kisah keadaan persekitaran. Belajar daripada suasana. Belajar daripada manusia. Semuanya menuntut pembacaan. Jadi marilah membaca surat khabar hari-hari. Baca bukan sekadar baca. Tetapi berfikir. Inilah yang sukar. Hmpph.

Mukadimah sudah. Saya ingin kongsikan sesuatu. Ada kawan saya berkata dengan riaknya sopannya, bahawa beliau tidak mempunyai masalah yang menyedihkan atau dalam bahasa inggerisnya digelar sebagai bad/sad problem. Setiap masalah adalah menggembirakan also known as happy problem.

Aits, macam mana ni? Ada ke happy problem. Sik ada? (Jika tidak tahu apakah maksud sik sila rujuk artikel-artikel sebelum ini-usaha tangga kejayaan).

Adalah. Apakah contoh-contoh happy problem?

Pendekkan cerita, setiap masalah tidak lagi menjadi masalah malah bakal menggembirakan anda apabila anda melihat masalah itu sebagai suatu peluang yang dapat memberikan kebaikan kepada kehidupan anda pada masa ini atau hadapan.

Come on now let us think together what kind of problem are we facing now. How are we going to face it? Try to turn it into opportunity. Make it as a chance to become better.

Masalah saya sekarang adalah sukarnya nak menjaga hubungan yang berpandukan syariat di tempat kerja. Maka penyelesaiannya adalah mendirikan rumah tangga. Ya, inilah masalah sebagai satu peluang!!

Everything is on you. You decide it. Cuba, lihat masalah sebagai suatu peluang. Ia bakal menjadikan masalah itu sebagai sesuatu yang anda sentiasa nanti-nantikan.

Pencemaran Mata dan Telinga di Tempat Kerja

Saya rajin juga mengemaskini status di facebook. Kebanyakan status itu sebenarnya adalah nota-nota peringatan yang saya kongsikan dengan tujuan untuk mengingatkan diri sendiri dan sesiapa yang terasa mahu diingatkan. Saya terduduk membaca satu status yang dikeluarkan oleh sebuah persatuan bernama ISMA. Apakah ISMA? Berminat untuk mengetahui lebih lanjut sila sampaikan mesej anda di ruangan Contact Me.

Statusnya adalah seperti di bawah.

Memasuki alam pekerjaan menuntut seribu satu persiapan. Bukan sahaja berkisar soal persiapan ilmu pengetahuan. Bagi saya, ilmu pengetahuan mudah untuk diperolehi dengan merujuk kepada buku dan orang yang lebih tahu. Namun, ilmu berhubung dengan manusia cukup sukar. Sukarnya walaupun saya telah menjalani kursus soft skill selesai sahaja pengajian tidak sampai 2 bulan yang lalu.

Status ini betul-betul nak mengenakan saya. Ni yang nak marah ni! Marah pada diri sendiri kerana lambat mengambil tindakan. Marah kepada ISMA Mesir kerana tak kongsikan status ini lebih awal. Nasib baik ISMA ini suatu persatuan, kalau orang mesti sudah kecil hati. Jangan marah, ya.

Mana taknya, di tempat saya bekerja seharian penuh dengan peristiwa-peristiwa yang sia-sia dan dilarang oleh syarak. Saya pula seakan mudah mengikut arus. Tidak langsung mengambil tindakan untuk menentangnya.

Antaranya:

1)Pergaulan lelaki dan perempuan yang tiada batasan. Lebih menyedihkan saya, pergaulan dengan ikhwah(siapa ikhwah?) bukan main terpelihara. Tetapi dengan rakan sekerja boleh pula bergurau senda.

2)Sungguh banyak ruang untuk mengata orang. Yang saya ini pula pasang telinga duduk terperap dalam kawasan larangan itu. Sepatutnya saya beredar. Peliharalah telingamu.

3)Memandang bukan mahram dengan pandangan yang tidak bertujuan. Dari situlah terhasil perkara-perkara yang mendekati zina. Lebih baik tak pandang maka tidak terjadilah. Peliharalah matamu!

Kesimpulannya, manusia yang terpelihara iman dan ketakwaannya pasti tidak akan mengalami masalah apabila berhadapan dengan situasi seperti di atas. Meninggalkan 10 hari Ramadhan yang lepas mengingatkan kita apakah yang telah kita capai dalam proses menyucikan diri ini. Adakah kita masih sama. Puasa tetap berpuasa. Tetapi yang lain sama sahaja. Tiada perubahan.

Justeru, mari kita bersama-sama memperbaiki ibadah kita. Semoga dengan itu, kita mampu menghadapi segala godaan….

Saya suka sama awak, boleh?

Saya suka awak. Sudah lama saya perhatikan awak. Sudah lama saya menyimpan perasaan pada awak.

Saya suka tengok awak. Awak sangat baik. Bersopan-santun.

Saya harap awak sudi terima cinta saya. Saya mahu awak menjadi isteri saya.

Ayat-ayat di atas adalah ayat-ayat jiwang rekaan saya yang jelas kepalsuannya, kan? Ya, saya bukan orang yang layak untuk berbicara soal ini. Tetapi saya ingin sekali berbicara soal yang itu. Soal itu saya banyak sangat pengalaman. Otai ni.

Suatu masa dahulu, saya luahkan kepada seorang sahabat.

“Sahabat, saya sukakan seorang muslimin ini. Bla. Bla. Bla. Saya bercadang untuk meluahkan perasaan saya kepadanya supaya saya tidak melepas. Orangnya baik. Dan saya rasa serasi selama berkawan dengannya.”

Baik. Tolong jangan percaya cerita di atas. Ia dongeng.

Sahabat saya menjawab. Beliau tidak bersetuju dengan tindakan saya atas beberapa alasan yang kukuh. Antaranya,

  • Seorang muslimah yang bermaruah tidak mudah membiarkan dirinya dengan mudah menawarkan diri kepada sang lelaki.
  • Seorang muslimah perlu tahu erti malu.
  • Adakah kamu cukup yakin bahawa dia adalah pasangan hidupmu?
  • Sejauh mana kamu telah berusaha? (Usaha yang dimaksudkan cukup luas termasuklah berdoa, solat sunat istikharah dan peyediaan diri dari sudut fizikal dan mental.)

Justeru melihat kepada bukti-bukti kukuh yang dihujahkan, saya memang tidak patut bertindak sedemikian. Hal ini dikukuhkan lagi dengan perbincangan bersama kawan di facebook.

Hmmm. Kitak setuju sik? (Awak setuju tak?)

Edisi Terhad: Resepi Bahagia

Kalau bahagia menjelma, semua orang mahukannya. Jika bahagia seorang manusia, pasti ada sanggup yang bermadu. Jika bahagia sehelai baju, mahu nilainya hanya mampu dibeli sang terkaya di dunia.

Ya, bahagia memberi suatu suasana yang sungguh harmoni. Ia berjaya membuatkan sesiapa sahaja menjadi tenang. Girang. Riang. Lapang.

Soalnya, sejauh mana anda telah mendapat bahagia? Adakah anda pernah bahagia? Sekali sekala? Anda tidak akan pernah mendapat bahagia jika anda tidak redha. Kerana,

Bahagia hanya untuk orang yang redha…

Untuk orang yang redha, bahagia ada di mana-mana. Tengok gambar di bawah.  Bawa diri anda ke timbunan bahagia. Dengan redha.

Mesti cuba resepi ini. InshaAllah jamin anda akan bahagia.

Doktor Tolong Jangan Lali

Rujukan : Sik=Tak/Tidak, Kitak=Awak, Kenap=Kenapa, Nya=Dia

Riak di wajahnya berubah. Doktor senior itu bagaikan mahu menangis.

“Aku sik sanggup menatap wajah patient itu. Sik sanggup.” 

Saya duduk di tengah-tengah, turut sama menyertai perbualan mereka. Sekadar pemerhati. Doktor, DSA dan staffnurse.

“Kitak sik sanggup, kenap? Itu tugas kitak. Patient come to you to know the reason of pain. They want to know their disease.”

“If you don’t tell them, you are wrong!”

Sungguh, saya suka melihat suasana ini. Tiada barrier antara doktor dan staff biasa. Saling memberi nasihat tidak kira pangkat. Berbeza dengan amalan sesetengah hospital yang mengajar para doktor untuk menjaga pergaulan mereka dengan staff.

 “Eew, sib baik aku sikda tadi. Aku sik sanggup mau nengok.”

Mereka maksudkan berkenaan seorang pesakit yang mengidapi penyakit kanser lidah tahap keempat. Ia sangat serius.

“Nya datang sorang ja ka?”

“Ishk, kasihannya. Tapi nampak relax aja.”

Saya menjenguk di luar. Kelihatan pesakit yang mereka maksudkan.

“Tetapi, kenap sik Dr itu beritahu pesakit tentang sakitnya tanpa perasaan. Boleh pula bercakap dalam telefon sambil bergelak ketawa sedangkan pesakit di depannya.”

“Iskh Dr, Sik tahu perasaan Dr itu. Nya sudah biasa lalui kes-kes begini ia kan. Nya sudah lali mungkin. Kita mana tahu perasaannya.”

Saya sudah faham cerita mereka. Ia adalah suatu dilema yang dihadapi sesetengah doktor. Samada mahu beritahu atau tidak tentang penyakit tertentu yang boleh meragut kehidupan normal pesakit, walaupun masih bernyawa. Ia bukan sesuatu yang mudah. Memberitahu satu hal. Bagaimana untuk memberitahu juga satu hal.  Doktor yang tidak sanggup itu melahirkan ketidaksanggupannya untuk memberitahu pesakit berkenaan penyakit mereka. Tetapi segera dinasihatkan oleh nurse tentang tanggungjawab seorang doktor. Kontranya bilamana ada seorang doktor lain yang mengkhabarkan berita sedih itu dalam suasana yang menentang norma masyarakat kita. Masyarakat kita yang turut sering sama-sama bersimpati atas kesusahan orang lain. Betul, ke?

Soal simpati ini juga sesuatu yang cukup sukar untuk dibincangkan. Simpati yang sehingga boleh bawa mati. Punca mengapa ramai pakar sakit puan adalah tuan(lelaki). Ini kisah lain. Lain hari kita cerita. Soal apa lagi?

Soal penyakit adalah sesuatu yang sensitif. Seorang ibu menjadi tidak tentu arah walaupun anaknya sekadar demam biasa sahaja. Seorang ayah sanggup mengambil cuti separuh hari tanpa gaji untuk membawa anak mendapatkan rawatan jika mengalami masalah kesihatan. Seorang anak sanggup berhabis wang untuk menyara penyakit yang dihadapi oleh ibu dan bapanya.

Justeru para doktor sekalian, antara sedar atau tidak anda penyumbang besar kepada kualiti hidup pesakit anda. Kerana anda orang pertama yang akan memberitahu berkenaan penyakit berbahaya yang bakal meragut nyawa mereka, maka anda adalah orang pertama juga yang perlu memberi kata-kata semangat supaya keluar sahaja mereka dari klinik anda, mereka tidak menyesal berjumpa dengan anda. Anda bukan sahaja perlu mempunyai kepakaran dalam bidang anda, tetapi anda juga perlu belajar bagaimana caranya untuk berinteraksi dengan pesakit anda.

Cuba letakkan kaki anda di dalam kasut mereka. Anda baru sahaja diberitahu oleh orang pertama yang tahu tentang penyakit anda,

“You have cancer, and it is at stage 4.”

Dan dia bersembang sambil ketawa di depan anda.

Memang, masyarakat sekitar tidak boleh menghakimi doktor ini kerana mereka mungkin sudah lali. Di saat ini, saya teringat pesanan Prof. Dr. Muhaya, doktor, jangan mengenal erti lali, kerana lali membuatkan anda tiasa perasaan.