Doktor Tolong Jangan Lali

Rujukan : Sik=Tak/Tidak, Kitak=Awak, Kenap=Kenapa, Nya=Dia

Riak di wajahnya berubah. Doktor senior itu bagaikan mahu menangis.

“Aku sik sanggup menatap wajah patient itu. Sik sanggup.” 

Saya duduk di tengah-tengah, turut sama menyertai perbualan mereka. Sekadar pemerhati. Doktor, DSA dan staffnurse.

“Kitak sik sanggup, kenap? Itu tugas kitak. Patient come to you to know the reason of pain. They want to know their disease.”

“If you don’t tell them, you are wrong!”

Sungguh, saya suka melihat suasana ini. Tiada barrier antara doktor dan staff biasa. Saling memberi nasihat tidak kira pangkat. Berbeza dengan amalan sesetengah hospital yang mengajar para doktor untuk menjaga pergaulan mereka dengan staff.

 “Eew, sib baik aku sikda tadi. Aku sik sanggup mau nengok.”

Mereka maksudkan berkenaan seorang pesakit yang mengidapi penyakit kanser lidah tahap keempat. Ia sangat serius.

“Nya datang sorang ja ka?”

“Ishk, kasihannya. Tapi nampak relax aja.”

Saya menjenguk di luar. Kelihatan pesakit yang mereka maksudkan.

“Tetapi, kenap sik Dr itu beritahu pesakit tentang sakitnya tanpa perasaan. Boleh pula bercakap dalam telefon sambil bergelak ketawa sedangkan pesakit di depannya.”

“Iskh Dr, Sik tahu perasaan Dr itu. Nya sudah biasa lalui kes-kes begini ia kan. Nya sudah lali mungkin. Kita mana tahu perasaannya.”

Saya sudah faham cerita mereka. Ia adalah suatu dilema yang dihadapi sesetengah doktor. Samada mahu beritahu atau tidak tentang penyakit tertentu yang boleh meragut kehidupan normal pesakit, walaupun masih bernyawa. Ia bukan sesuatu yang mudah. Memberitahu satu hal. Bagaimana untuk memberitahu juga satu hal.  Doktor yang tidak sanggup itu melahirkan ketidaksanggupannya untuk memberitahu pesakit berkenaan penyakit mereka. Tetapi segera dinasihatkan oleh nurse tentang tanggungjawab seorang doktor. Kontranya bilamana ada seorang doktor lain yang mengkhabarkan berita sedih itu dalam suasana yang menentang norma masyarakat kita. Masyarakat kita yang turut sering sama-sama bersimpati atas kesusahan orang lain. Betul, ke?

Soal simpati ini juga sesuatu yang cukup sukar untuk dibincangkan. Simpati yang sehingga boleh bawa mati. Punca mengapa ramai pakar sakit puan adalah tuan(lelaki). Ini kisah lain. Lain hari kita cerita. Soal apa lagi?

Soal penyakit adalah sesuatu yang sensitif. Seorang ibu menjadi tidak tentu arah walaupun anaknya sekadar demam biasa sahaja. Seorang ayah sanggup mengambil cuti separuh hari tanpa gaji untuk membawa anak mendapatkan rawatan jika mengalami masalah kesihatan. Seorang anak sanggup berhabis wang untuk menyara penyakit yang dihadapi oleh ibu dan bapanya.

Justeru para doktor sekalian, antara sedar atau tidak anda penyumbang besar kepada kualiti hidup pesakit anda. Kerana anda orang pertama yang akan memberitahu berkenaan penyakit berbahaya yang bakal meragut nyawa mereka, maka anda adalah orang pertama juga yang perlu memberi kata-kata semangat supaya keluar sahaja mereka dari klinik anda, mereka tidak menyesal berjumpa dengan anda. Anda bukan sahaja perlu mempunyai kepakaran dalam bidang anda, tetapi anda juga perlu belajar bagaimana caranya untuk berinteraksi dengan pesakit anda.

Cuba letakkan kaki anda di dalam kasut mereka. Anda baru sahaja diberitahu oleh orang pertama yang tahu tentang penyakit anda,

“You have cancer, and it is at stage 4.”

Dan dia bersembang sambil ketawa di depan anda.

Memang, masyarakat sekitar tidak boleh menghakimi doktor ini kerana mereka mungkin sudah lali. Di saat ini, saya teringat pesanan Prof. Dr. Muhaya, doktor, jangan mengenal erti lali, kerana lali membuatkan anda tiasa perasaan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s