Pencemaran Mata dan Telinga di Tempat Kerja

Saya rajin juga mengemaskini status di facebook. Kebanyakan status itu sebenarnya adalah nota-nota peringatan yang saya kongsikan dengan tujuan untuk mengingatkan diri sendiri dan sesiapa yang terasa mahu diingatkan. Saya terduduk membaca satu status yang dikeluarkan oleh sebuah persatuan bernama ISMA. Apakah ISMA? Berminat untuk mengetahui lebih lanjut sila sampaikan mesej anda di ruangan Contact Me.

Statusnya adalah seperti di bawah.

Memasuki alam pekerjaan menuntut seribu satu persiapan. Bukan sahaja berkisar soal persiapan ilmu pengetahuan. Bagi saya, ilmu pengetahuan mudah untuk diperolehi dengan merujuk kepada buku dan orang yang lebih tahu. Namun, ilmu berhubung dengan manusia cukup sukar. Sukarnya walaupun saya telah menjalani kursus soft skill selesai sahaja pengajian tidak sampai 2 bulan yang lalu.

Status ini betul-betul nak mengenakan saya. Ni yang nak marah ni! Marah pada diri sendiri kerana lambat mengambil tindakan. Marah kepada ISMA Mesir kerana tak kongsikan status ini lebih awal. Nasib baik ISMA ini suatu persatuan, kalau orang mesti sudah kecil hati. Jangan marah, ya.

Mana taknya, di tempat saya bekerja seharian penuh dengan peristiwa-peristiwa yang sia-sia dan dilarang oleh syarak. Saya pula seakan mudah mengikut arus. Tidak langsung mengambil tindakan untuk menentangnya.

Antaranya:

1)Pergaulan lelaki dan perempuan yang tiada batasan. Lebih menyedihkan saya, pergaulan dengan ikhwah(siapa ikhwah?) bukan main terpelihara. Tetapi dengan rakan sekerja boleh pula bergurau senda.

2)Sungguh banyak ruang untuk mengata orang. Yang saya ini pula pasang telinga duduk terperap dalam kawasan larangan itu. Sepatutnya saya beredar. Peliharalah telingamu.

3)Memandang bukan mahram dengan pandangan yang tidak bertujuan. Dari situlah terhasil perkara-perkara yang mendekati zina. Lebih baik tak pandang maka tidak terjadilah. Peliharalah matamu!

Kesimpulannya, manusia yang terpelihara iman dan ketakwaannya pasti tidak akan mengalami masalah apabila berhadapan dengan situasi seperti di atas. Meninggalkan 10 hari Ramadhan yang lepas mengingatkan kita apakah yang telah kita capai dalam proses menyucikan diri ini. Adakah kita masih sama. Puasa tetap berpuasa. Tetapi yang lain sama sahaja. Tiada perubahan.

Justeru, mari kita bersama-sama memperbaiki ibadah kita. Semoga dengan itu, kita mampu menghadapi segala godaan….

Advertisements

2 thoughts on “Pencemaran Mata dan Telinga di Tempat Kerja

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s