Penjagaan Gigi Anak Terbiar

Tubuhnya kecil. Sesuai dengan umurnya. Keningnya lebat, matanya kuyu. Bibirnya tebal dan lurus. Sugul. Dia ditemani seorang nurse perempuan.

Kami sangkakan ibunya. Rupanya tidak. Nurse tersebut menjelaskan mesra, “Kami daripada rumah kebajikan.”

Semua yang berada dalam bilik rawatan di Klinik Pakar Pergigian Kanak-kanak itu terdiam seketika. Lelah. Saya yang ditugaskan untuk memberi rawatan memegang bahu kanak-kanak itu dan menenangkannya. Mulutnya dibuka luas.

“Aaaaa….”

Lelah. Pada usia 4 tahun, kesemua giginya sudah rosak. 20 batang! Tiada satu pun yang dapat diselamatkan. Untuk cabutan!

“For extraction under general anaesthesia!”

Seorang pembantu pembedahan pergigian(atau nurse) memegang kanak-kanak itu dan memeluknya. Dia sebak. Menangis. Menangisi nasib si anak kecil itu. Suasana suram.

……

Begitulah nasib kanak-kanak yang terbiar. Bukan sahaja dibiarkan ibu dan bapanya. Yang mungkin hidup mereka tidak mampu untuk memberi makan dan pakai. Diletakkan di rumah kebajikan juga terbiar.

Persoalannya, adakah soal penjagaan gigi tidak menjadi rutin di rumah kebajikan? Sejauh manakah mereka betul-betul menenkankan soal ini yang merupakan asas kepada kebersihan tubuh dan badan? Benarkah kurangnya tenaga pekerja menjadi punca kepada permasalahan ini? Atau mungkin kerana kurangnya ilmu pengetahuan?

Bagaimana agaknya kesedaran tentang kepentingan menjaga pembersihan gigi dapat diwar-warkan dan dilaksanakan dgn berkesan di rumah-rumah kebajikan?

Tolong fikirkan.

Advertisements

6 thoughts on “Penjagaan Gigi Anak Terbiar

  1. smlm sy ada je patient umo 3thn dtg ngn mak dia yg muda jelita, dia ada rampant caries yg teruk sebijik mcm nie tp gg E dia je mcm ok skt…pun request nk cabut, at least pt awk 2 ank terbiar drpd sye anak yg tejaga pun same je keadaannye….

    1. Imah, patient tu ada medical problem ker? Kalau sihat walafiat dan berkeadaan macam itu mungkin krn kurangnya ilmu pengetahuan ibu bapa dia. Gigi ibu bapa dia elok tak?

      Kalae elok, sah sah anak itu dibiarkan…Kasihan….

  2. Assalamualaikum kak. Kesiannya adik tu. Terfikir jugak, adakah pihak kementerian kesihatan ada buat visit di rumah2 kebajikan macam dorang buat check up n bagi education kat sekolah2. Kalau takde, alangkah sedihnya sbb tak ramai orang faham kepentingan gosok gigi kan..

    1. Waalaikumsalam Izyan.
      Memang kasihan. Akak pernah posting di Kedah, dan melawat ke rumah kebajikan. Tetapi yang orang tua punya. Akak tanya sekerap mana penghuni rumah ini dibawa berjumpa doktor gigi. Jawapan penjaganya ialah,

      “Bilamana betul-betul terdesak. Contohnya jika ada penghuni yang mengadu sakit gigi yang serius.”

      Mereka tidak akan bawa ke klinik selagimana betul-betul perlu. Tambahan, katanya pihak kesihatan pergigian daerah ada membuat lawatan. Seingat akak setahun sekali.

      Namun, sejauh mana keberkesanannya tidak diketahui. Perlu bertanya pada mereka di KKM. Akak yakin ada. Mungkin tenaga yang tidak mencukupi. Atau mungkin kita sudah sibuk sangat dengan lambakan pesakit di klinik pergigian dan hospital. Mungkin.

    1. Anak yang baik, tahniah. You’re blaming yourself and this brings me into one important thing that parents should not be blame for the bad things happened to their children.

      Sometimes there are some kids stubborn around like you. Always take sweets out of parent supervision and run away when ask to brush teeth…

      😉 Jangan marah, I am Kiddin’ dearie ;D

      Luckily you are coming to be a dentist soon 😉 🙂 🙂 They should be proud of you, and this bring me into the moment that I was like you before!!! Stubborn.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s