Majlis Konvokesyen UM 2011

Setiap tahun saya dengan rela hati akan mencuri masa untuk menghadiri majlis konvokesyen senior yang dianjurkan oleh fakulti. Saya sukakan majlis yang sebegini. Ia diwarnai dengan seribu satu nasihat yang membangunkan semangat saya.

Pada 5 dan 6 oktober 2011, saya masih lagi menghadiri majlis ini. Tetapi kali ini sebagai penerima ijazah. Berikut ada beberapa keping gambar yang ingin saya kongsikan.

Saya jangkakan majlis ini sekadar berjalan seperti biasa. Namun saya mengalami beberapa peristiwa yang sukar untuk saya lupakan dan mungkin menjadi kenangan sepanjang hayat. Biarpun ia kelihatan sedikit mencacatkan hari yang dinanti-nantikan ini, tetapi kecacatan itu mungkin menjadikan saya mahu sekali lagi menerima ijazah di atas pentas Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya. Saya pasti akan menyambung pengajian di sini.

Pre Konvo
Beruntungnya kami, pihak fakulti berbesar hati meraikan bekas pelajarnya di dewan Balai Ungku Aziz yang merupakan fakulti kedua kami. Majlisnya tidak formal. Saya yang merupakan graduan terakhir dan duduk di hujung sekali menjadi mangsa keadaan.

Ketika wakil pelajar memberikan ucapan dan meminta para graduan untuk berdiri dan pusing belakang untuk menatap wajah keluarga, beliau ‘melagukan’ ayat-ayat yang menyentuh jiwa. Saya kalah di sini. Sehinggakan seorang junior menegur,

“Kenapa akak nangis teruk sangat, tadi?”

Terima kasih kepada yang bermurah hati memberi saya tisu. Jujurnya, 5 tahun berjihad dalam bidang ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk saya lalui. Ia mendidik saya untuk siapa saya hari ini. Bukan sekadar ilmu yang berharga saya tekuni, tetapi juga pelbagai nilai-nilai kehidupan yang menjadikan saya sentiasa menghargai setiap ujian yang Allah timpakan.

Konvokesyen @ Dewan Tunku Canselor
Kami bersidang sesi petang bersama graduan fakulti kejuruteraan. Graduan fakulti pergigian adalah yang terakhir pada hari yang berkenaan memandangkan jumlah kami hanya 76. Dan saya cukup ‘bertuah’ menjadi orang yang terakhir.

Ketika majlis pra konvo, saya menerima tepukan gemuruh selaku penerima ijazah yang terakhir. Ditambah dengan kehadiran abang-abang saya yang pernah menyertai pasukan sorak, ia menjadi semakin meriah. Ketika itu saya tidak gemuruh.

Namun apa yang berlaku di DTC mungkin meninggalkan kenangan yang tidak akan saya lupakan. Ingin tahu apa yang berlaku?
Nantikan artikel seterusnya. =D

Penghargaan : Terima kasih untuk semua yang telah banyak memberikan nasihat, termasuk berkorban harta dan tenaga. Hanya Allah yang dapat membalasnya.

Advertisements

2 thoughts on “Majlis Konvokesyen UM 2011

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s