‘Gimik’

Satu

“Saya nervous. Rasa macam nak kahwin pulak.”

Saya senyum sahaja memandang wajahnya. Dalam fikiran saya bermain persoalan,

‘Sampai begitu sekali?’ 

Saya masih tenang.

Dua

“Nanti turn awak mesti semua orang beri tepukan gemuruh.”

“Kenapa pula?”

“Sebab awak last skali.”

“Ye ke macam tu?”

“Yalah. Tak percaya? Kalau betul saya cakap camna?”

Saya memulangkan sebuah senyuman kepada pertanyaannya. Beliau menyambung lagi,

“Semalam semasa pra konvo pun awak dapat tepukan gemuruh.”

Saya terfikir di hujung pengajian ini abjad Y telah menjadi sedikit popular. Memandangkan Z tiada, maka sayalah yang terakhir.

Saya tidak gentar. Awal ke akhir ke. Naik atas pentas dan ambil skroll. Selesai.

Tiga

Seawal jam 1.30 petang saya bersiap sedia dan jam sudah melepasi nombor 4. Tibalah giliran saya. Ya, graduan yang terakhir. Saya bangun dari tempat duduk dan beratur seperti yang diarahkan oleh staff yang bertugas.

“Oh, ini dia yang terakhir.”

“Cantiklah baju awak.”

“Doktor, tolong tengok gigi saya.”

“Jangan nervous!”

Kesemua dialog di atas adalah dialog staff yang bertugas. Saya sudah tidak mampu untuk fokus. Sebelah kaki saya melangkah tenang ke pentas utama. Saya menerima tepukan yang sangat gemuruh. Gemuruh? Ya, bukan sekadar tepukan yang gemuruh, saya benar-benar gemuruh. Mata saya sudah berpinar. Fikiran saya melayang.

Saya mengambil skroll, berjalan beberapa langkah ke depan dan….

Dan saya membelok ke kanan untuk turun tangga tengah! Tangga yang hanya dilalaui oleh tetamu VVIP. Yang dibaluti dengan kain berwarna emas.

“Adik, jalan terus,” seorang jurugambar di bawah pentas menegur.

Okay, tolong jangan gelakkan saya.

Yang sepatutnya saya perlu terus dan turun di tangga yang hujung sekali!

Saya sambung kembali,

Kaki kanan saya masih belum sempat menjejak tangga yang pertama. Saya mengangkat kaki dan berhajat untuk kembali ke pangkal jalan. Selari dengan itu saya menerima sorakan dan tepukan yang sangat gemuruh. Semua orang gelakkan saya.

Secara spontan tangan kiri saya menutup sisi wajah sebelah kiri yang menghadapan audiens.Terasa macam artis popular…eh….pula di atas pentas. Ok, perasan sudah. Saya melihat wajah-wajah pensyarah di sebelah kanan atas pentas tergelak besar.

 

Cepat-cepat pengacara majlis memainkan peranan. Dewan kembali senyap. Saya melangkah dengan tenang kembali ke tempat duduk dan disakat sepanjang laluan.

Duduk sahaja, beberapa orang staff menghampiri saya.

“Nanti siap sedia mesti masuk you tube.”

“Kenapa Yuliana nak turun tangga tengah?”

“Adik, minta maaf kalau gambar nanti ada yang tak dapat ambil sebab adik dah lari dari landasan. Mari abang tangkap satu gambar di sini,”ujarnya untuk menyejukkan hati saya yang ketika itu masih merah malu.

Para jurugambar yang bertugas menegur saya dan bertanyakan kenapa hal itu boleh berlaku. Akhirnya saya terpaksa mengaku bahawa saya gementar dan gemuruh apabila menerima tepukan dan sorakan selaku graduan yang terakhir. Ia berlaku kerana saya tidak mengambil endah pesanan seorang kawan di awal tadi tentang kemungkinan itu akan berlaku. Jika saya sudah bersiap sedia secara mental, pasti saya tidak melakukan kesalahan seperti ini.

Malulah. Mahu tak malu.

Seorang staff lagi menghampiri saya,

“Habis rosak gambar awak. Nanti awak memang kena ambil master lah nampaknya.” 

Saya menggangguk lemah.

Ada juga yang beranggapan selaku graduan terakhir saya memang perlu turun di tangga yang tengah. Tidak. Tidak begitu. Saya terturun ke tangga tengah kerana saya tidak berjaya mengawal emosi. Saya jangkakan saya boleh tenang. Nampaknya gagal!

Seorang kawan menambah,

“Yuliana, awak legend.”

Seorang lagi menambah,

“Awak Nampak comel tadi.”

Dan lagi,

“It was so happening! Semua orang happy!”

Saya berkongsi status cover malu di facebook yang berbunyi,

‘Ia hanya gimik.’

Terpulang. =D

THINGS DO NOT ALWAYS WORK OUT THE WAY YOU’D LIKE!

Penghujungya, ia merupakan kenangan yang mengusik jiwa. Apabila teringat, saya tergelak sendirian. Mungkin semua orang telah pun melupakannya. Tolong lupakan, ya! Tetapi memori itu masih kekal dalam ingatan. Memori yang memujuk saya untuk kembali lagi ke pentas yang sama untuk tidak melakukan kesilapan kedua.

Bagus juga, kenangan ini membuka hati saya untuk sambung belajar dan mahu menjadi pakar bedah muka dan mulut. Saya akan kembali ke pentas yang sama dan pasti tidak akan melakukan kesilapan yang kedua!

Alhamdulillah!

Advertisements

10 thoughts on “‘Gimik’

  1. haha…best la cerita kak yuli 😀
    akak je yg berani buat mcm tu walaupun spontan
    n akak je yg bpeluang lalu tangga tu…org lain tak dpt pun
    hehe

    boleh jd kenangan terindah n cerita kat anak cucu!!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s