Ada kelas ke?

Kelas kau joyah! Rajinnya kau ke kelas. Kau ada kelas ke? Memang ada kelas kau pergi kelas!

Saya terlihat status Facebook seorang pelajar berkenaan kemalasannya untuk menghadiri kuliah pada hari esok. Sejauh mana dia benar-benar memaksudkannya, saya tidaklah pasti. Mungkin dia hanya bergurau dan nak ‘test market’.Namun, seingat saya, saya jarang sekali mengeluh apabila bermulanya hari ke kuliah. Kenapa tidak?

Mengapa perlu mengeluh untuk mendapatkan ilmu? Ilmu yang akhirnya akan memberikan manfaat kepada diri anda juga semestinya. Menyedari bahawa kita ini manusia biasa yang adakalanya berasa malas, saya ingin kongsikan beberapa tips bagaimana untuk rasa bersemangat kembali ke kelas pada hari pertama selepas hari ahad.

Yalah, hari isnin nak ke hari jumaat punyalah lama. Tetapi hari sabtu nak ke isnin punyalah sekejap.

  • Persiapkan mental dengan mengenalpasti apakah tujuan anda ke kelas.
  • Persiapkan diri dengan memastikan segala peralatan telah disediakan seperti baju telah disterika dan buku catatan telah dikemaskini.
  • Pastikan hujung minggu anda terisi dengan aktiviti mengulangkaji pelajaran dan menyiapkan segala tugasan.
  • Menghubungi ibu, bapa dan adik beradik untuk mendapatkan kata-kata semangat. Tuliskan kata-kata itu di meja belajar anda.
  • Menjadikan rakan-rakan yang berjaya sebagai sumber inspirasi untuk ke kelas.
  • Bergaullah dengan rakan-rakan yang positif.
  • Yang paling penting, persiapkan rohani. Bersihkan hati dengan amalan-amalan kerohanian seperti membaca al-Quran supaya proses menuntut ilmu dipermudahkan Allah SWT.

Selamat mengecapi kejayaan, adik-adik sekalian.

“Sesiapa yang menempuh satu jalan kerana mencari ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan ke syurga.”

[Riwayat Muslim dalam Shahihnya (penomboran Fu’ad Abd al-Baqi), hadis no: 2699].

Justeru, mengapa mengeluh adik-adikku?

Advertisements

2 thoughts on “Ada kelas ke?

  1. Nice post sis! Ada special istilah untuk hari Isnin ni…’blue Monday’ sebab semua orang buat kerja absent-minded je…Useful tips, minta izin share ye? Syukran

  2. Thank you Sis.
    My first time heard the term ‘blue monday’. Does it have to sound like ‘blur monday’? Hehe…

    Yes, please share any of my articles if you find it useful. You are welcome Dear 😉

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s