Membina Impian

Semua orang ada impian masing-masing. Pastinya, impian adalah suatu hala tuju yang menentukan siapa kita di pengakhiran hidup ini. Orang yang tidak mempunyai impian tidak bermakna mereka orang yang gagal. Tetapi hidup ibarat impian ibarat belayar di tengah lautan tanpa kompas. Kapal mahu singgah di darat tetapi tiada arah. Ia boleh sampai ke destinasi, namun yang membezakan masa untuk sampai dan adakah destinasi itu sebuah destinasi yang tepat.

Setiap manusia memandang kehidupan dari banyak sudut. Ada yang sekadar cukup-cukuplah. Saya teringat bagaimana suatu ketika saya diperlekehkan kerana berhasrat untuk melakukan kerja sampingan. Tidak cukupkah gaji sebagai seorang pekerja kerajaan. Itu bukan isunya. Justeru, situasi ini menggambarkan manusia memang berbeza dalam membuat pemerhatian. Tujuan melakukan kerja sampingan bukan sekadar beroleh pendapatan berlebihan. Tetapi, ia lebih dari itu sebenarnya.

Melihat IMPIAN sebagai suatu motivasi, mari kita membina kehidupan yang lebih baik dengan menulis IMPIAN di atas kertas dan ditampal di sudut yang boleh kita perhatikan setiap hari. Jangan malu. Yakinlah yang IMPIAN yang anda impikan itu pasti menjadi kenyataan. Percayalah untuk berjaya.

I: Isilah kehidupan dengan impian yang jelas.

M: Memerhatikan di sebalik kejayaan seseorang adalah impian yang mungkin dikategorikan tidak masuk akal.

P: Perbaharui impian untuk sesuatu jangkasama tertentu. Contohya, 3 bulan, setahun atau 3 tahun.

I: Impian perlu disertai dengan usaha yang berterusan dan semangat yang jitu.

A: Aktifkan kehidupan dengan suasana yang dapat membantu untuk mencapai impian.

N: Nadi IMPIAN adalah pertolongan Allah. Hanya dengan keizinanNya segala yang diimpikan menjadi kenyataan.

Advertisements

2 thoughts on “Membina Impian

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s