Kau dan aku pun ada. Dia pun, kot.

Apakah miswak?

Tak tahulah kak.

Ha, siapa tahu apakah itu miswak.

Berus gigi, kan.

Tahukah anda miswak yang Rasulullah guna lebih 1400 tahun yang lalu itu berasal dari mana?

Pokok, kan.
Ha, saya tahu. Dari ranting pokok.
Pokok apa?
Apa ye?

Antara pokok-pokok yang dinyatakan dalam buku ini adalah pohon al-araak, pohon zaitun, pohon bitam, pohon walnut atau mana-mana pohon yang pahit!

Er, tak pernah dengar semua nama pokok tu kecuali nama zaitun dan walnut.
Ha, pokok pahit tu mesti sebab pahit selalunya bersifat mujarab, kan.
Kak, ada lagikah pokok-pokok itu di zaman sekarang?

Eh, takkan pokok pun pupus macam binatang. Yer tak? InshaAllah ada. Tetapi berus gigi yang kita biasa pakai itu berasal dari mana pula? Pokokkah?

Ish akak. Saya tak pernah terfikir sampai ke situ.
A ah kan. Berus tu berasal dari mana ye.
Eh, kak. Kita ini ikut sunnah Nabi ke tak? Berus gigi kita tu lain kan dengan miswak yang Rasulullah guna?

Kebiasaannya ketika ketiadaan berus gigi akibat tertinggal, hilang dan sebagainya dan terdapat halangan untuk membeli yang baru, ada tiga cara yang kita boleh lakukan untuk menggantikan miswak. Miswak ya, seperti yang dinyatakan di dalam buku ini.

1-Jari
Ia menjadi sunnah dan beroleh pahala dengan syarat kita meniatkan ia sebagai miswak.
Namun, jika miswak sudah diperolehi tetapi kita tidak mengunakannya, maka pahala bermiswak sudah hilang. Ya, sepertimana dijelaskan dalam buku ini.

2-Kain
Khas untuk mereka yang tidak punyai gigi. Takkan nak berus gusi dengan miswak. Jadi kain yang kasar boleh menggantikan miswak dengan syarat seperti di atas iaitu niat.

3-Berus gigi

Eh, tadi akak kata berus gigi tak sama dengan miswak.

Eh, bila masa pula kakak yang kata. Kawan awak yang kata. Apa pula buku kata?

Tenang-tenang ya wahai adik-adik. Konsepnya sama seperti di atas iaitu jika miswak ada maka penggunaan berus gigi tidak dikira mengikut sunnah. Berus gigi tidak boleh menggantikan miswak. Berus gigi tidak sama dengan miswak.

Ha, apakah maksud akak? Er, maksud saya maksud buku yang akak baca? Miswak masih wujudkah sekarang? Adakah berus gigi yang kita pakai ini tidak menurut sunnah dan tidak beroleh pahala?

Suara azan pun berkumandang.

Eh, adik-adik. Maaf. Kita sambung akan datang. Adik-adik tolong fikirkan jawapan!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s