Top 10 LIST

Ada beberapa perkongsian menarik yang tidak sempat saya nukilkan untuk tatapan pembaca. Saya cuba juga mencuri sedikit masa untuk berkongsi sesuatu. Mungkin kita pernah dengar tentang kelebihan orang yang berkongsi ilmunya dengan orang lain. Orang itu akan bertambah ingatannya tentang ilmu yang dikongsikan. Jadi, jangan kedekut ilmu dan lakukan sesuatu untuk perkongsian. Kaedahnya? Terpulang pada kemampuan anda.

Kini tahun baru Islam kembali lagi. Kepada yang bukan Muslim yang sudi melayari tulisan ini, awal muharram adalah sambutan tahun baru bagi umat Islam. Bulan yang pertama adalah bulam Muharram. Kebiasaannya ia disambut dengan bacaan doa beserta festival keagamaan seperti ceramah dan sebagainya.

Tahun ini saya cukup bertuah kerana Allah mengaturkan sesuatu yang istimewa. Saya menyambut tahun baru dengan menyertai Bengkel Kepimpinan selama 2 hari anjuran ISMA atau Ikatan Muslimin Malaysia. Apakah ISMA? Anda boleh google dan dapatkan maklumat berkenaannya.

Saya ingin kongsikan 10 kata-kata yang boleh memotivasikan anda. Semoga kata-kata hikmah ini dapat menjadi suatu permulaan yang baik untuk anda memulakan hari yang lebih baik pada tahun 1433 hijrah ini.

1) Jangan takut untuk melakukan kesalahan. Yakinlah bahawa kesalahan-kesalahan itu adalah permulaan kepada sebuah kejayaan. Kesalahan jugalah yang mengajar anda tentang cara yang betul untuk berjaya.

2) Anda perlu berfikir dan bertindak seperti orang yang berjaya. Cuba anda lihat orang yang berjaya di sekeliling anda. Berapa kali mereka membaca dalam sehari? Berapa pula masa yang diperuntukkan untuk melakukan perkara yang berfaedah? Adakah mereka suka membazirkan masa?

3) Kejayaan boleh dijangka. Anda hanya perlu melatih minda bawah sedar anda untuk sentiasa berfikir yang anda pasti boleh melakukan. Tiupkan kata-kata positif dalam minda anda. Pandu minda bawah sedar anda untuk melakukan sesuatu yang luar biasa.

4) Anda mesti sanggup buat sepertimana orang yang berjaya buat.

5) Anda perlu ada 4D. Dream. Decide. Determine. Discipline. Untuk berjaya.

6) Pastikan anda menulis secara terperinci tentang siapakan anda dalam tempoh 2, 5 dan 10 tahun dari sekarang. Siapa anda di hari kemudian ditentukan dengan perancangan anda pada hari ini.

7) Tidak ada jalan mudah untuk berjaya. Book your early hardship. Kesusahan yang sementara itulah yang memberikan kesenangan berkekalan.

8 ) Anda perlu percaya dan yakin yang anda boleh berjaya.

9) Kejayaan bukanlah suatu kebetulan.

10) You have to play the character. If you want to be like a famous motivator, you just have to play it!

U r > u r…! You are more than what you are!

Advertisements

3 thoughts on “Top 10 LIST

  1. ——— MIND SET vs MIND DRIVE………………..
    bolih share dapatkan artikel terperinci kerja dalam kawalan kerja berkumpulan.contoh…..dalam satu team mempunyai seramai 40 pekerja bawahan seperti operator pengeluaran baru berkerja dan,operator pengeluaran lama berkerja,dalam dua status kumpulan ini mempunyai skill berbeza….dalam 40 pekerja ada 7 department kecil dan besar…….
    BOLIHKAH YULIANA PERJELASKAN TAJUK YANG SAYA BERIKAN DI ATAS.,secara terperinci………
    my facebook …nain zulnine…….leader from memc electronic sdn bhd……
    seperti mana yg sy tau”MINSET”memang dah lama ada,cuma bagaimana pula dgn mind drive?……zul 0172579998

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s