Cacat Yang Beruntung

Kepalanya tertunduk sahaja. Tangan dan kaki entah di posisi mana. Air liur mengalir tidak berhenti. Mulutnya ternganga sejak tadi. Wanita di sisinya senyum memandang saya. Sambil bercakap pun boleh tersenyum. Seorang lelaki pula masuk. Mengusap kepala yang terduduk menunduk.

Tiba-tiba hati saya dirundung kepiluan teramat sangat. Saya membaca kad perubatan miliknya.

Cerebral palsy.

Bilateral blindness.

Kecacatan mental. Buta kedua belah mata.

Bertambah kesayuan di hati. Wanita yang berdiri di sisi kirinya adalah si ibu. Di sisi kanannya adalah si bapa.

“Umurnya 1 tahun, baru saya tahu dia ada masalah ini Dr.”

Saya mengangguk menyahut penyataannya. Sementara itu usaha untuk melihat kondisi dalam mulut agak sukar. Kanak-kanak ini berusia 12 tahun dan tidak mahu bahagian mulutnya dipegang. Dia bertindak agresif dan menendang dan menolak apa sahaja yang cuba menyentuhnya.

Ibunya mengadu si anak mempunyai ulcer di dalam mulut. Kanak-kanak itu terpaksa dipegang oleh 4 orang untuk melihat kondisi ulcer tersebut. Ia agak besar, hampir menyamai syiling 50 sen. Dan itu bukanlah berita yang sedap didengar untuk seorang budak yang cacat mentalnya. Kanak-kanak ini tidak mampu untuk mengadu yang dia sedang mengalami kesakitan. Dia tidak mampu untuk bercakap.

Kalaulah kita di tempatnya, ulcer yang baru hendak jadi sekitar sebesar biji kacang hijau pun kita sudah mengadu pada orang. Cepat-cepat jumpa doktor untuk dapatkan ubat. Sekurang-kurangnya kita boleh mengadu dan mencari jalan penyelesaian. Tetapi untuk kanak-kanak seperti mereka ini?

Siapa yang tahu ketika mereka diulit kesakitan? Siapa hendak ambil tahu?

Itulah sebabnya mengapa di awal tadi saya tersentuh melihat ibu dan bapanya yang mengambil tahu dengan penuh rasa tanggungjawab menjaga kanak-kanak istimewa ini sejak lahir sehinggalah sihat walafiat. Sangat mengagumkan mereka masih lagi boleh tersenyum dan menyayangi kanak-kanak itu dengan sepenuh hati.

Jika anda adalah seorang ibu atau bapa, atau bakal ibu ataupun bapa, didiklah anak-anak dengan penuh rasa tanggungjawab. Janganlah bagai melepaskan batuk di tangga. Tahu kahwin tahulah menjaga anak.

Setiap anak mempunyai perwatakan yang berbeza dan ibu bapa adalah guru yang terbaik mewarnakan mereka dengan warna yang bersih. Jika anda mahu marah, pelajarilah adab-adab untuk memarahi anak. Jika anda mahu pukul, timbang-timbanglah dulu.

Jangan sampai Allah murka dan berikan seorang anak yang cacat mental atau fizikalnya. Baru anda hendak sayang mereka. Mungkin anak yang lahir normal itu tidak cacat fizikal dan mental mereka seperti kanak-kanak yang saya ceritakan ini, tetapi atas sebab tidak bertanggungjawab anda mendidik mereka dengan baik, suatu masa nanti mereka boleh cacat ‘fizikal’ dan ‘mental’.

Boleh jadi sahaja cacat fizikal dan mental akibat mengambil dadah untuk mendapatkan ketenangan yang tiada di rumah!

Dan kanak-kanak itu mengangkat tangan kanannya mendekati mulut. Ibu jarinya dihisap. Kepalanya makin menunduk dan air liur membahasi bibirnya. Mungkin itulah petanda dia sedang dalam kesakitan. Dan ibu bapa yang bertanggungjawab dapat memahami perlakuan pelik anaknya.

Anak-anak ibarat kain putih. Anugerah Allah kepada anda.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: “Anak-anak dilahirkan dalam keadaan fitrah. Maka ibu bapanyalah yang menjadikannya sama ada Yahudi, Majusi atau Nasrani.” (Hadis riwayat Bukhari).

Advertisements

2 thoughts on “Cacat Yang Beruntung

  1. anak tu anugerah dari tuhan.. memang satu ujian yang besar bila anak yang dikurniakan tuhan tu anak istimewa.

    Namun lagi besar ujian, bila anak yang lahir tu cukup sifat.. tapi liar dek kerana kepincangan mendidik anak-anak tersebut

  2. Terima kasih.

    Betul. Kekadang ibu bapa lalai menjaga anak-anak yang cukup sifat.
    Sebaliknya anak-anak yang istimewa ini diberi perhatian lebih,
    Walhal, kedua-duanya memerlukan perhatian yang sama tapi mungkin tidak serupa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s