Setelah 8 Bulan, Saya Baru Bercuti

Saya angkat satu demi satu. Bermula  dari tangan kiri pula tu. Tangan kanan buat apa?

Julai, Ogos, September, Oktober, November, Disember, Januari, dan Februari. Serius. Tak percaya. Saya sudah 8 bulan di Sarawak.

Tadi saya menyertai 2nd Borneo Dental Congress and Trade Exhibition dari pagi hingga ke petang. Berjumpa ramai orang yang hebat-hebat, Alhamdulillah. Ramai juga yang bertanya,

“Udah berapa lamak kitak sitok?”

Atau,

“How long have you been here?”

Saya jawab,

“6 bulan.”

Tak sengaja menipu. Tak sedar sudah 8 bulan dan tinggal 4 bulan sebelum cukup setahun. Ada banyak perkara yang berlaku. Suasana memang membentuk peribadi kita. Berubah pola pemikiran. Jelas hala tuju kehidupan. Tahu apa yang perlu dilakukan.

Banyak juga yang perlu dimuhasabahkan. Kalau bercakap tentang 8 bulan, seorang ibu sudah dikira sarat mengandung. Sekurang-kurangnya menghasilkan sesuatu. Tetapi apalah yang telah saya lakukan selama ini. Semoga mendapat nilaian di sisi Allah SWT.

Hebahan Bercuti

Bajet macam dikenali ramai nak buat hebahan bagai. Tak perlu. Tetapi saya hendak kongsikan satu cerita.  Sila sediakan sekotak tisu.

Sejak saya diterima belajar di Universiti Malaya, setiap waktu solat saya berdoa kepada Allah agar mengizinkan saya menjejakkan kaki ke Baitullah dengan gaji yang bakal saya peroleh ketika sudah mula bekerja sebagai doktor. Saya hendak sangat ke sana, bersama mahram saya.

Hanya dengan gaji itulah satu-satunya peluang untuk saya ke sana. Justeru, apabila saya gagal satu subjek ketika peperiksaan akhir di tahun pertama dan dikehendaki mengambil peperiksaan tambahan dalam tempoh 2 bulan yang mana jika gagal, saya perlu mengulang tahun pertama dengan mengambil hanya subjek yang gagal itu sahaja!…., maka…

Setiap masa saya berdoa kepada Allah yang saya tidak mahu gagal kerana saya hendak sangat sangat sangat ke Mekah beribadah di rumah Allah dan ke Madinah bertemu Rasulullah. Saya tidak mahu mengulang tahun kerana itu melambatkan proses ke sana.

Sampai begitu sekali. Dan dari tahun ke setahun Allah mudahkan urusan saya. Cun-cun 5 tahun! (Cun-cun adalah bahasa Melayu Sarawak yang bermaksud lebih kurang, cukup-cukup, sesuai, padan dan maksud yang lain sila bertanya kepada yang lebih arif, saya mungkin salah. Budak baru belajar.)

Dan setelah 8 bulan berlalu, dengan keizinan Allah dengan gaji itulah saya akan membawa mahram saya ke sana. Tidak lupa adik beradik saya yang semestinya turut menyumbang sama. (Gaji tidaklah seberapa. Tetapi semuanya dengan izin Allah yang Maha Pemurah dan Pemberi Rezeki. Nasib baik ada adik-beradik juga, wasilah Allah untuk memberi rezeki.)

Alhamdulillah Allah permudahkan.

Akhirnya saya akan ke Mekah dan Madinah pada 16 Februari sehingga 29 Februari 2012, InshaAllah. Semoga Allah menerima saya di sana. Saya menyusun 10 jari memohon maaf kepada ahli keluarga, saudara mara, sahabat handai, kenalan dan semua yang membaca samada saya kenal ataupun tidak.

Jumpa lagi.

p/s: Sudah 4 bulan tidak bertemu keluarga dan melihat kampung halaman. Seorang anak saudara sudah bertambah. Yang dua lagi sudah pandai bercakap. Yang seorang dah boleh berjalan, kot.

Abi Suhail mendengar Abu Hurairah RA mengatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada tahun Haji Wada’ di Mekah :

“Para jemaah haji dan umrah adalah tetamu Allah SWT. Dia akan memenuhi apa yang mereka minta, mengabulkan apa yang mereka doakan, memberikan ganti kepada mereka atas apa yang telah mereka belanjakan dan melipatgandakan satu dirham untuknya menjadi sejuta dirham” (al-Fakily, Muhammad Ibnu Ishak)

Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah : 196 yang bermaksud :

“Dan sempurnakanlah ibadah haji dan umrah kerana Allah”

Begitu juga daripada Ibnu Umar RA yang berkata :

“Tidak ada seorang pun kecuali diwajibkan atasnya satu kali haji dan umrah” (Al-Bukhari)

Advertisements

2 thoughts on “Setelah 8 Bulan, Saya Baru Bercuti

  1. MashaAllah kak, we have the same dream! And mabruk for achieving that! 🙂 Guna gaji sendiri lebih terasa nikmatnya kan. Semoga selamat tiba, selamat beribadah dan selamat pulang ke tanah air. Jgn lupa doakan adik2 yang masih berjuang kat UM ni. huhu

    1. Ye ker, MashaAllah (Malu nak kongsi cerita ini sebenarnya, tapi kebetulan dah ada yang serupa ni, tak malu dah, hehe)…

      Semoga Allah permudahkan urusan Izyan juga untuk ke sana. Dan InshaAllah akan mendoakan semua adik-adik di UM.

      Alhamdulillah, semuanya rezeki Allah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s