First Year Dental Officer FYDO

“Apa? FYDO? Apa tu?”

Gelaran ini dipopularkan sejak tahun 2002. Saya mengenali perkataan ini pun ketika di hujung tahun pengajian. Kasihan. Jikalau Doktor Perubatan terkenal dengan istilah housemanship-nya, Doktor Pergigian juga ada istilah untuk melabelkan mereka sebagai Doktor Muda, iaitu FYDO dan SYDO.

FYDO = First Year Dental Officer

SYDO = Second Year Dental Officer

Saya ada suatu habit. Apabila orang bertanya saya bekerja sebagai apa, saya akan menjawab,

“Saya bekerja di hospital.”

Dan kebanyakannya meneka dengan tepat apakah pekerjaan saya walaupun ada satu dua yang tersasar, kekadang membuatkan saya tergelak sendirian. Dan soalan seterusnya yang akan ditanya ialah,

“Masih houseman?”

Terserlah kemudaan kalau ditanya soalan yang begini. Pernah juga satu dalam sejuta ada yang meneka saya sudah bergelar doktor pakar? Terlalu muda untuk menjadi pakar. Terserlah ketuaan? Habislah!

Dan saya biasanya akan mengiyakan dengan sedikit penjelasan, kalau rajin,

“Ya, masih houseman. Tapi saya Doktor Pergigian. Tak dipanggil houseman. Tetapi FYDO iaitu… (sila sambung).”

Baiklah. Di atas hanyalah sekadar mukadimah. Saya teruskan dengan perbincangan yang lebih serius.

Sepertimana Doktor Perubatan, kita juga ada tempoh latihan selama 2 tahun(tertakluk kepada sebarang perubahan oleh pihak KKM) yang baru sahaja dimulakan pada tahun 2011(sebelum ini hanya 1 tahun), iaitu FYDO dan SYDO. Kenapa tidak dimulakan sejak dahulu? Kerana sekarang Doktor Pergigian tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan, walaupun bilangan masih kurang berbanding keperluan masyarakat, namun dijangkakan meledak sekitar 5-10 tahun akan datang, sehinggakan ketika itu……(tidak patut rasanya diceritakan sekarang)

Ia adalah suatu tempoh untuk membantu para Doktor untuk menjadi lebih kompeten dalam menguruskan pesakit dalam kepakaran-kepakaran tertentu daripada suasana belajar menguruskan pesakit di universiti kepada suasana sebenar di hospital dan klinik KKM.

Di bawah adalah masa attachment FYDO dan SYDO untuk kepakaran tertentu.

Tentunya setiap sesuatu yang bersifat tempoh latihan memerlukan penilaian berterusan. Maka, para FYDO dan SYDO akan dibekalkan dengan sebuah buku keramat yang dipanggil sebagai ‘log book’ yang merangkumi pelbagai borang yang perlu dinilai oleh Pakar, Pesakit dan Staf, beserta borang-borang yang perlu kita isi untuk penilaian mereka. Terdapat pelbagai jenis rawatan, prosedur, teknik, dan sebagainya yang saya kongsikan dalam gambar di bawah.

This slideshow requires JavaScript.

Akhir kata, ada beberapa pesanan ingin saya kongsikan kepada adik-adik yang bakal menamatkan pengajian tidak lama lagi.

Dunia pekerjaan sememangnya saat yang anda semua nanti-nantikan. Bersedialah dari sudut mental dan fizikal, terutamanya spiritual bahawa tidak semua yang kita jangkakan terjadi  seperti yang dirancang. Namun, ada beberapa sikap yang saya rasa perlu adik-adik bina ketika di induksi dan seterusnya ketika mula bekerja sebagai FYDO.

  1. Rajin bertanya
  2. Jangan malu bertanya
  3. Bertanya pada yang pakar
  4. Tanyalah apa sahaja
  5. Malu bertanya sesat jalan
  6. Mesti tanya

Ini memang pesanan orang malas, untuk sayalah. Kalau untuk yang rajin pula,

  1. Membaca setiap kali bertemu kes yang menarik
  2. Sentiasa membawa buku rujukan ke tempat kerja
  3. Sentiasa membaca apa-apa sahaja berkaitan pekerjaan 1 jam sehari
  4. Baca artikel-artikel pergigian yang terbaru
  5. Melibatkan diri dalam segala aktiviti/program yang berkaitan pergigian

Saya harap tulisan saya ini dapat memberi sedikit pendedahan kepada adik-adik. Minta maaf untuk gambar yang diambil secara main-main. Handphone murah. Bolehlah bertanya untuk penjelasan yang lebih lanjut. Saya cuba membantu. Belajar rajin-rajin!

Update 13/1/2013 : Tiada lagi SYDO untuk Pegawai Pergigian. Hanya FYDO.

Advertisements

32 thoughts on “First Year Dental Officer FYDO

  1. I’m sorry tapi saya dah sedia dengar perkataan ini, tahun menyesakan bagi bakal doktor perubatan tapi meyeronokkan bagi doktor gigi sebab boleh bertanya dan lebih mesra

    1. Tetapi itu tidak menafikan yang kami juga ada dimarahi 😉

      Pandangan saya pegawai perubatan yang senior perlu mengubah cara mereka mengajar houseman, sepertimana yang dianjurkan oleh Prof Dr Muhaya.

      Kalau anda seorang Pegawai Perubatan, tolong jangan marah Houseman apabila anda berada di tahap MO atau specialist kelak.

      Budaya membentuk suasana. Semoga ada seorang yang mahukan perubahan, semuanya berubah.

    1. Saya fikir ia bernilai, jika tidak ia tidak akan diaplikasikan.

      1)Kalau nak sambung study, ia menjadi satu ‘bukti’ yang baik anda pernah melalui attachment speciality tertentu.
      2)Bagus untuk anda merujuk skop pergigian yang terkandung dalam buku log tersebut.
      3)Kenangan menjadi FYDO
      4)Self-satisfaction, maknanya bila kita dapat isi buku log tu, specialist pun ada bagi feedback, so we know our strengths and weaknesses.

  2. Salam akak…syukran atas informasi ini…dh rse berkobar2 nk berkhidmat utk ummah dan masyarakat nnti…skrg tahun 3 di uia kuantan…2 tahun lg sblm melangkah ke alam kerjaya…smg Allah prmudahkan segala amal bakti akak dan smg mndpt baja pahala d sisi Allah,insyaAllah…

    1. Waalaikumsalam.
      Alhamdulillah semoga bermanfaat.

      Gunakan masa belajar ni sebaik-baiknya.
      Tanya pensyarah sungguh-sungguh.
      Belajar sungguh-sungguh.

      Semoga menjadi Doktor yg bukan sekadar mengobati fizikal pesakit, ttp mengobati jiwa mereka juga.

      Amen…Terima kasih mendoakan.
      Smg yg sama juga dikembalikan pd kamu, amen.

    1. Waalaikumsalam.

      Dr baru perlu ditagging dahulu sebelum on call.
      Tagging maksudnya hanya ikut dan observe(assist if needed) Dr senior.
      On call maksudnya kita yg buat treatment tu.

      Oncall ada rotation. Boleh jadi 1 minggu dlm sebulan, atau 1 minggu dalam 2 bulan, atau 2 minggu stp bulan bergantung kepada berapa ramai Dr yg available.

      Harap jelas….

  3. Thank fr your amazing info. Just love it! Btw im a first year dental student at cairo. And im a sarawakian! Sik sabar rasa nak kerja even though my journey masih panjang. Well sarawak lack of dentistry. Thanks again dr yuliana!

    1. My pleasure Farah.

      Nice to meet you. Mun balit kampung contact lah. Nei tauk ada rezeki boleh jumpa.

      All the best. Study smart and pray hard.

  4. alhamdulillah jumpa artikel ni sebelum masuk kerja! 🙂 insyaAllah start kerja hujung tahun ni.. tengah tunggu panggilan induksi. cuma ada 1 yg nak tanya Dr berkenaan on call utk Fydo, waktu attachmnt dengan OS department, oncall punya kekerapan sama dengan waktu attchmnt dengan departmnt lain ke? atau oncall ada waktu attchment OS je?

    1. Congratulations Dr Diyana!

      On Call attachment berbeza mengikut location/states/districts,

      Department lain yang ada on call pun biasanya paeds.

      Moga membantu.

  5. salam doktor..
    info ni membantu sangat..
    saya first batch dentistry from tanta uni egypt..
    memg kurang sikit pengetahuan pasal kerja nanti..
    thank you soooo much!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s