Di Mana Bumi Dipijak, Di Situ Islam Dijunjung

 “You don’t like to play safe.” Suami memberitahu.

Memandang sahaja wajah suami, senyum.

Suami bertanya, “Faham ke maksud Abang?”

Suami pun menerangkan. Saya mengangguk. Angguk.

Mungkinlah, betul.

Ketika mengisi borang penempatan, ada beberapa alasan saya letakkan supaya permohonan saya mendapat perhatian untuk diterima.

Antaranya ialah

-saya sukakan cabaran

-saya suka menguruskan kes-kes yang kompleks

-saya mahu belajar banyak perkara baru

Kerana sebab-sebab inilah, saya telah ditempatkan di sebuah negeri yang letaknya merentasi Laut China Selatan.

Saya memang sudah bertekad untuk ke Pulau Borneo, setelah Abang kandung, Encik Jain Nazley Bin Ayob menasihati untuk mendapatkan pengalaman di tempat baru. Abang yang selalu berhijrah ke banyak negara ini memberikan sokongan.

Namun, hasrat itu akhirnya dibatalkan apabila Emak tidak berapa merestui. Lalu saya memilih negeri yang saya fikirkan memenuhi kriteria di atas:

-Kuala Lumpur

-Selangor

-Johor

Firman Allah maksudnya:

“Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jua Yang Maha Mengetahui (semua itu), sedang kamu tidak mengetahuinya.”

(al-Baqarah:216)

Sesungguhnya Allah adalah sebaik-baik perancang. Sesuatu yang kita rasakan baik, tidak semestinya baik untuk kita manakala sesuatu yang kita rasakan buruk, mungkin baik untuk kita.

Masih teringat suasana ketika menerima surat tawaran tersebut.

Boleh baca di artikel sebelum-sebelum ini.

Justeru, saya ingin merujuk kepada dua soalan yang diutarakan oleh adik-adik yang bakal menamatkan tahun akhir pengajian.

Bagaimana nak memilih tempat yang baik?

Ada beberapa panduan ringkas.

Keluarga

Bincang dengan Emak dan Ayah(Termasuklah murobi, murobiyah, naqib, naqibah etc). Adakah mereka merestui jika kita memilih tempat yang jauh? Selalunya yang menjadi kerisauan adalah jika ada bencana atau kemalangan yang tidak dijangka, adakah kita dapat pulang segera? Selain itu, ada sesetengah yang perlu menjaga Emak atau Ayah yang sakit. Jadi, kalau Emak dan Ayah kita sihat dan memberi lampu hijau, pilihlah tempat-tempat yang jauh. Kenapa?

Pengalaman

Kerana sudah pasti tempat yang jauh menjanjikan pengalaman yang lebih mahal. Cabarannya mungkin lebih besar. Contohnya, jika anda ditempatkan di Sabah atau Sarawak, di mana anda bakal bertemu dengan pelbagai gaya bahasa, budaya dan cara hidup yang berbeza, serta keadaan masyarakat yang pastinya tidak sama seperti di semenanjung. Berpeluang untuk menggunakan bot, menaiki helikopter, merentas 12 jam perjalanan secara solo, menjadi orang asing di desa terpencil, aha. Semuanya mungkin ada di kawasan pedalaman. Mahal kan pengalaman ni?

Target

Ya. Sebenarnya apa yang anda impikan setelah bertungkus lumus menamatkan pengajian selama 5 tahun?

Anda impikan membawa keluarga menaiki kereta baru? Bekerjalah di lokasi yang berdekatan.

Anda impikan berbakti kepada kampung halaman? Mintalah di kampung sendiri.

Anda takutkan cabaran? Mana-mana pun ada cabaran.

Anda sukakan cabaran? Lebih jauh, lebih mencabar.

Gaji

Pastinya bekerja di Pulau Borneo menjanjikan gaji yang sedikit lumayan. Tetapi, ini tidak bermakna apa-apa jika kita tidak tahu berjimat-cermat. Alih-alih habis juga duit digunakan untuk membeli tiket pulang ke kampung.

Tapi. Oklah. Alhamdulillah.

Secara jujurnya, saya mencadangkan adik-adik meneroka tempat baru. Lebih jauh lebih baik. Terutamanya ke Pulau Borneo.

Ada yang bertanya tentang pengalaman bekerja di Sabah dan Sarawak.

Saya ada pengalaman buruk. Tetapi lebih banyak pengalaman yang baik. Justeru, tanpa mahu berkongsi yang buruk kerana saya yakin apa yang Allah takdirkan itu sebenarnya adalah baik untuk saya, bekerja di Pulau Borneo adalah pengalaman yang sangat MAHAL. Saya sangat bersyukur Allah memberi peluang saya ke sini.

Kenapa bekerja di Pulau Borneo?

Setelah mendengar cerita daripada rakan-rakan di Semenanjung(boleh rujuk senior yang bekerja di semenanjung), FYDO di Pulau Borneo lebih berpeluang untuk merawat kes-kes kompleks, berpeluang untuk melanjutkan pelajaran dengan mudah(kerana kurang persaingan) dan berpeluang memegang jawatan tinggi(lebih banyak peluang dan pengalaman memimpin di usia muda).

Selain itu, kehadiran anda sangat diperlukan untuk membantu saudara-saudara Muslim di sini. Datanglah ke sesuatu tempat dengan membawa agama. Ingatlah peranan Rasulullah untuk terus-menerus menebarkan ajaran Islam di muka bumi ini. Bantulah yang sudah Islam untuk lebih memahami Islam. Bantulah yang belum Islam untuk mengenal Islam.

Kesimpulannya, di mana-mana pun tidak ada masalah selagi mana kita sedar akan hakikat dan tugas kita sebagai hamba dan Khalifah Allah. Letakkanlah tanggungjawab menjunjung agama di bahu kita. Rasakan bebanan itu.

Pergi kerja, bawa agama.

Ibaratnya sebiji benih yang dicampakkan ke tengah lautan, menjadi sebuah pulau. Jadilah kita permata agama yang bernilai, ke mana sahaja kita dicampakkan, kita boleh memberi manfaat kepada masyarakat.

Islah diri, dakwah ummah.

Di mana bumi dipijak, di situ Islam dijunjung.

Lakukan solat istikarah,

Berbincanglah.

Moga Allah beri yang terbaik. InshaAllah.

2012-12-16 09.57.34

 

 

Advertisements

8 thoughts on “Di Mana Bumi Dipijak, Di Situ Islam Dijunjung

  1. Saya bukan final year pun tapi saya selalu memikirkan tentang hal ini. Suka tulisan dr 🙂 Ringkas tapi padat.

  2. First time kenal n jumpe dr yuliana di exhibition hall di klcc baru2..trime kasih berkongsi pengalaman.perkongsian yg sgt bagus buat kami junior2.teruskan menulis..

    1. Hai Rufaidah. Nice meeting you. Hope to meet you again one day inshaAllah. Alhamdulillah. Sama2, inshaAllah.

  3. Salam dr. Saya sgt teringin ke tempat yang lebih jauh untuk cari pengalaman dan keberanian mencuba kes2 yang kompleks..sebabnya sy mahu keluar dri zon selesa dan merasai kesusahan hidup sendiri..tapi sy byk keraguan..sama ada sy mampu atau tidak.. soal keluarga, mereka kurang merestui lantaran mahu sy berumahtangga..perlukah hasrat ini dikuburkan..? Mohon nasihat dr. Terima kasih.

    1. Waalaikumsalam.
      Bagus sudah ada kemahuan.
      Samada mampu atau tidak, nilainya adalah setelah kita berbincang baik2 dgn keluarga dan melakukan istikarah.
      Bilamana akhirnya mana yg kita pilih itu mendapat redha Allah, redha ibu bapa, inshaAllah saat itu sebenarnya kita mampu utk menongkah comfort zone. Buang rasa ragu2. Sifat was2 drpd syaitan.

      Bagi saya, kahwinlah jika sudah mampu setelah berbincang dan istikarah. Bawa isteri sama2 ke tempat yang awak ingin pergi.

      Harap membantu. Sama2.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s