Pengalaman Lasik bersama Prof. Dr. Muhaya

Kebanyakan ahli keluarga kami yang mempunyai dominasi hormone estrogen adalah rabun. Emak saudara saya hampir 80% memakai cermin mata. Adik beradik perempuan dan emak saya pula semuanya adalah rabun. 100%.

Mungkin faktor genetik turut menyumbang kepada penyakit rabun di kalangan kami.

Saya memakai cermin mata sejak berusia 7 tahun. Budak-budak yang memakai cermin mata selalunya digelar sebagai budak bijak yang kuat membaca. Mungkin betul mungkin tidak. Selain faktor genetik, saya merasakan punca mata saya rabun adalah kerana sikap saya yang suka menonton televisyen pada jarak yang terlalu dekat dan membaca di dalam gelap.

Ibu-ibu dan bapa-bapa perlu memastikan penjagaan mata anak-anak. Jangan biarkan sahaja. Jika anak sudah mula rabun akibat kecuaian ibu dan bapa, kasihan. Kasihan kepada anak-anak. Budak-budak manalah tahu akibat membaca dalam gelap contohnya, boleh menyebabkan rabun dengan meningkatnya usia!

Menurut Prof. Dr. Muhaya, punca menonton TV secara dekat dan membaca dalam gelap adalah teori yang tidak dapat dipastikan tepat 100%. Namun sebagai ibu bapa, jika anda melihat anak-anak anda lebih suka menonton TV secara dekat atau mengecilkan mata ketika menonton TV dari jauh, ini mungkin petanda anak anda sudah mula rabun. Segeralah membawa anak-anak berjumpa pakar optomeri sebelum ia melarat.

Sama jugalah seperti ibu bapa yang membiarkan anak-anak menyusu minuman manis sebelum dan sambil tidur. Aktiviti ini akan menyebabkan gigi anak-anak mudah berlubang.

Sakit pakai cermin mata.

Sakit. Sakit bukannya berdarah, atau merasa pedih. Tapi sakit dalam erti kata nak bersukan lebih-lebih tak dapat. Kalau tersalah letak, punyalah mencari satu rumah. Kalau tak ada cermin mata, bahaya dan membahayakan orang lain. Memandu tanpa cermin mata, tapi anda rabun. Tak ke merbahaya? Nak tengok TV atau membaca sambil baring pun ada kesukaran. Setiap tahun perlu melakukan pemeriksaan mata dan kekadang hampir setiap tahun perlu menukar cermin mata yang baru. Secara purata sejak berusia 7 tahun sehingga awal 20-an, hampir 5000 ringgit Malaysia dibelanjakan untuk pembelian cermin mata baru. Itu tak kira lagi kalau ada orang terpijak. Lagi cepat perlu tukar kepada yang baru. Contact lens boleh membantu? Walaupun begitu ada risikonya.

Sakit dan penat. Sampai bawah mata pun ada lingkaran hitam. Walaupun begitu, saya masih bersyukur. Selalu membandingkan diri saya dengan orang yang buta dan orang yang mempunyai penyakit rabun yang lebih teruk daripada saya. Alhamdulillah. Ujian Allah ini tidaklah seberapa. Dan ia sementara.

Selepas beberapa tahun bekerja dan seiring dengan populariti idola saya, Prof. Dr. Muhaya, barulah saya tahu tentang  kewujudan rawatan yang namanya rawatan lasik. Tidak tahulah pula sejak bila rawatan untuk membentuk kornea mata itu wujud.

Lasik. Rawatan membentuk kornea mata dan membetulkan penyakit rabun pada mata. Ketika mengetahui tentang kewujudan rawatan ini, saya berasa sangat gembira dan bersyukur. Saya yang sudah maklum dengan harganya yang agak mahal melakukan kira-kira.

Selama 8 bulan saya menyimpan dan mengikat perut dan nafsu berbelanja. Maklumlah orang perempuan. Belajar berjimat dalam berbelanja dan mengutamakan yang penting sahaja. Hampir setiap hari memasak di rumah. Aha.

Saya menyusun perancangan untuk mendapatkan rawatan lasik ini sejak awal tahun 2012. Hasrat pula semenjak penghujung tahun 2011.

Pada bulan februari, saya menghubungi Prince Court Medical Centre dan menyusun temujanji untuk bertemu pakar. Pada bulan 5, saya ke hospital untuk pemeriksaan mata. Ini adalah prosuder standard sebelum rawatan lasik dilakukan.

Saya dibawa  masuk ke beberapa buah bilik untuk pemeriksaan yang terperinci. Pemeriksaan yang menggunakan pelbagai mesin. Sehingga berpinar rasanya mata ini. Sehinggalah bertemu dengan pakar optometri. Pakar optometri ini yang menjelaskan secara terperinci tentang proses rawatan, kesan buruk yang mungkin berlaku dan menjawab segala pertanyaan saya.

Saya juga bertemu dengan Prof. Muhaya. Pertemuan yang saya rasakan sangat sekejap. Mungkin sekitar 5 minit. Beliau melakukan pemeriksaan dengan sangat cepat dan profesional. Ketika masuk ke biliknya yang kecil itu, saya melihat ke seluruh kawasan bilik dan berangan-angan untuk mempunyai bilik rawatan sendiri. inshaAllah. Memang kalau jumpa Prof. Muhaya auranya tercalit.

Seingat saya, saya sempat bertanyakan soalan dan meminta nasihat. Memang ‘bijak’ mengambil kesempatan. Ehe. Beliau respon dengan sangat ringkas tetapi menjawab persoalan saya. Tak dapat nak berkongsi sebab saya pun sudah tak ingat apa soalannya. Prof. yang ramah bertanya sedikit tentang tempat kerja saya dan meminta saya menjadi doktor yang bermanfaat kepada masyarakat. Beliau juga bermurah hati memberikan diskaun kerana mendapat tahu bahawa saya terbang merentasi laut china selatan untuk datang ke temujanji ini.

Yey!

Sebelum itu, teringat bagaimana keputusan saya untuk mendapatkan rawatan lasik ini tidak berapa mendapat persetujuan ibu saya. Ibu sangat risau apabila mendengar tentang rawatan laser pada mata. Perkataan laser itupun sudah cukup membuatkannya berasa bahaya. Dengan menggunakan aura Prof. Dr. Muhaya itu akhirnya beliau memberi keizinan walaupun tidak sepenuhnya. Sehinggalah ke saat rawatan dilakukan iaitu pada 21122012, 21 haribulan disember tahun 2012, barulah ibu mengizinkan dan mendoakan agar rawatan berjalan lancar.

Ingat bagaimana saya menyusun temujanji lebih awal? Sejak bulan februari saya menghubungi mereka. Bulan Mei saya melakukan pemeriksaan mata. Rawatan pula pada bulan disember dan review adalah satu minggu selepas rawatan.

Alhamdulillah. Syukur kepada Allah yang mengizinkan semua perkara.

Seterusnya jom kita melihat gambar. Biar gambar pula berbicara ya.

Advertisements

28 thoughts on “Pengalaman Lasik bersama Prof. Dr. Muhaya

    1. Waalaikumsalam. Ni Ani ke. Alhamdulillah best. So far ok. Cuma mlm2 ada silau sikit. Side effect mmg ada. Bergantung kepada mata masing2. Terutamanya ketebalan kornea. Kalau kornea nipis, pakar ada kesukaran sedikit. Lasik boleh dilakukan, tetapi hasil tidak sepenuhnya. InshaAllah.

  1. Salam dr..
    kalau nk dibandingkan kualiti vision selepas lasik dan kualiti vision dengan memakai spec, mana satu yang lebih sharp dan jelas. Terima kasih atas jawapan dr.

  2. Assalam Dr.Saya nk tahu dr simpan bajet brapa dlm sebulan? Dan power dr berapa sebelum melakukan lasik? Saya berminat nk melakukan lasik ini sbagai penyelesaian kpd masalah saya yg kuat bersukan tetapi agak sukar memandangkan saya memakai spek. Kalau pakai lens pun ada masanya yg terhad. Terima kasih Dr.

    1. Waalaikumsalam. Simpan 20% daripada gaji penuh awak. Tp ikut kemampuan. Power sebelum lasik around 500. Good luck. Sama2.

  3. Alhamdulillah…. bulan November 2015 ni, cukup 2 tahun dah tak berkaca mata… Saya pun buat dengan Prof Muhaya haritu

    Dulu-dulu kalau pakai spek rasa macam cool jer… lama-lama tu rasa rimas pulak

    Tak dapat digambarkan perasaan masa tu…. erti kebebasan dan kemerdekaan yang sebenar kot? hehe….

    1. sekarang power mata saudara bertambah tak? spanjang 2 tahun slps mjalani rawatan, ada saudara mengalami sbarang side effect tak? sy memerlukan respon dr saudara utk lbh myakinkan sy utk mjalani rawatan ini. terima kasih.

  4. Assalamualaikum dr.. saya nak tanya. Sepanjang menjalani rawatan ini, ada rasa sakit-sakit tak? Saya ingin menjalani rawatan ini, tapi takut menyelubungi diri saya lebih-lebih lagi hal yang melibatkan mata. Respons daripada dr. amatlah sy hargai.terima kasih

  5. As’salammualaikum..
    Sy ingin bertny kos membuat rawatan lasik.semasa Dr. membuat rawatan tersebut ada tak Dr. perasan pesakit muda yg menjalankan rawatan lasik?
    Terima kasih

  6. Assamualaikum doktor. Sy kurg bkemampuan. tp bhajat utk mnyimpan duit dan mlakukan rawatan lasik ni. cuma sy takut tak berbaloi jika sy spend duit yg byk. sy just nak pendapat dr doktor, mmg highly recommended ke utk buat lasik ni? dan byk side effect tak? sy khuatir klau akn rosak mata sy nnt. power mata sy skrg 575-525 dan sy sedang memakai contact lens. power mata sy btambah hampir stiap tahun. feedback dr doktor amat sy harapkan utk lbh myakinkan sy. terima kasih byk doktor. wassalam..

    1. Waalaikumsalam. Buat bisnes, jana pendptn sampingan inshaAllah.

      Ya highly recommended.

      Side effect blh berbincang dgn pakar yg akan melakukan lasik nnt. Bergantung kpd keadaan mata. Sama2.

  7. Assalamualaikum , saya nk tnya .. adakah sakit ketika rawatan dijalankan , dan bagaimana proses bius dijalankan adakah ubat bius itu dititik atau disuntik ? Dan bagaimana nak tahan mata dari berkelip ? Sori saya tnya bnyk , 🙂

    1. Waalaikumsalam.

      Tak sakit inshaAllah. Bius dititik. Mata ditahan dengan pelekat supaya tidak berkelip. Mereka ada cara.

  8. Salam Dr.. Saya nak tanya, lepas buat lasik surgery, kebanyakan orang akan mendapat penglihatan yang sempurna 100% dan ia kekal, insyaAllah. Jadi, persoalan saya, kalau saya ni jenis orang yang selalu mengadap komputer untuk buat kerja (di rumah dan di ofis), dan skrin-skrin ni semua ada radiasi UV (termasuklah smartphone), jadi adakah ia akan memberi kesan pada penglihatan yang sempurna tu? Atau ia memang takkan beri kesan UV atau silau pada mata kita? Sebab sekarang ni saya pakai cermin mata yang ada “blue control” untuk tapis sinaran UV tersebut. Harap doktor dapat bantu. Terima kasih

    1. Waalaikumsalam. Selepas rawatan, mata blh rabun semula jika tidak dijaga dgn baik..

      Mmg akan ada kesan. Banyak @ sikit saya tak pasti.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s