Memberi Nilai Kepada Hubungan

Kejujuran adalah kunci kepada berjayanya sebuah perhubungan. Ketika di alam persekolahan, Allah mentakdirkan saya untuk mengenali beberapa orang sahabat. Sahabat-sahabat yang sehingga saat ini masih saya rindukan. Masih saya ingatkan. Masih saya kenangkan. Masih saya doakan.

Kerana permulaan perkenalan di alam persekolahan ketika tiada sesuatu pun yang diselindungkan, maka persahabatan itu menjadi cukup indah. Sehingga ke saat ini, keindahannya terasa apabila kami terus menjalin ukhuwwah. Syukur kepada Allah SWT.

Suara Hati Saya

Perasaan saya sukar untuk diucapkan. Ia suatu perasaan yang benar-benar suci. Saya sayangkan mereka. Saya rindukan mereka. Mendengar suara bagaikan mahu menitis airmata. Kadangkala ungkapan cinta diungkapkan. Cinta kami cinta kerana Allah SWT.

Atas dasar itu, saya boleh menerima teguran mereka. Mereka menegur saya tidak seperti kebiasaan saya menerima teguran. Come on. Kita manusia yang boleh menilai. Kita boleh nilai siapa yang menegur kita dengan niat untuk menegur kerana Allah dan siapa pula yang menegur kita dengan niat selain Allah. Justeru, mereka adalah contoh terbaik yang boleh saya katakan.

Hari Ini

Hari ini salah seorang daripada mereka mencecah usia 24 tahun. Bertambah usia bertambah kematangan. Bertambah semangat bertambah jelas tuju kehidupan. Bertambah tanggungjawab bertambahlah kekuatan. Kekuatan iman semestinya, kan sahabatku?

Safa

Itulah nama ringkasan yang ingin saya perkenalkan. Beliau seorang muslimah punyai karakter yang tersendiri. Karakter yang kadang-kadang saya rasa kami sahaja yang memahami kerana nilai persahabatan itu sendiri. Pernah kami lalui saat ‘fitnah’ namun Allah mudahkan. Semuanya berjalan lancar.

Saya teringat saat-saat di awal perkenalan. Menaiki basikal berdua-duaan hampir setiap hari. Berkongsi cerita penuh semangat. Melalui saat-saat suka dan duka bersama-sama. Dan sebuah filem Indonesia menjadikan persahabatan kami cukup erat.

Dan kehidupan itu bukannya indah. Ada kalanya pahit membalut lidah. Ada kalanya manis membersihkan kelat. Namun semuanya Allah mudahkan.

Di akhir kalam, coretan ini adalah suatu perkongsian hati tentang bernilainya sebuah ukhuwwah bila disandarkan atas dasar iman dan taqwa. Saya mendapati ukhuwwah ini adalah satu anugerah cukup berharga kerana ia punyai nilai Allah di situ. Saya melihat Allah dalam perhubungan ini kerana pertemuan kami sering dibaluti dengan perbincangan menuju Ilahi.

Semoga Allah memanjangkan usiamu dalam ketaatan kepadaNya. Semoga terus istiqamah sahabatku. Kaulah teman kaulah sahabat sejati. Setiap kenangan yang kita lalui satu-satu masih tersimpan rapi. Ingin sekali ku laungkan pada seisi dunia bahawa aku punyai sahabat-sahabat yang istimewa. Semoga Allah memanjangkan perhubungan kita ini sehingga ke syurga. Amin ya rabbal ‘alamin.

Memberi nilai kepada hubungan adalah tugas kita dan dia. Baru hubungan bernilai tercipta!

4 thoughts on “Memberi Nilai Kepada Hubungan

  1. wahhhhhhhhhh!!…yana.
    Syukran syukran syukran ‘ala kulli hal…
    Terharunya sy ada seorang sahabat yg menulis untuk sy….terharu terharu dan terharu…
    DI saat sy terbacakan post ni…keimanan dan keyakinan sy pada janji ilahi yg satu ni..semakin bertambah..janji yg pernah sy ungkapkn dahulu terngiang-ngiang kembali…yg selalu sy ungkapkan pada yana.
    “7 golongan yg mendapat naungan Allah di akhirat kelak…salah satunya adalah dua orang sahabat yang saling mengasihi kerana Allah, bertemu dan berpisahnya adalah kerana Allah….”
    Terima kasih yana…terima kasih Syaz dan Ain..kalian adalah sahabat terbaik yang ALlah kurniakan untuk ku…bersama-sama meneruskan perjuangan di jalan ilahi..
    Doakan kita bersama di syurga kelak…AMeeen.

Leave a comment